BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Sunday, February 28, 2010

Thursday, February 25, 2010


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Padang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).
Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.
Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:
“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.
Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah-Mu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun Sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyak. Beliau pun ikut menangis.

Sayyidina Umar bertanya apakah sebabnya lalu Sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu Sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

Monday, February 22, 2010

PDA 3 Pagar Keselamatan Lorong Belakang



( Klik gambar untuk paparan besar )










Saturday, February 20, 2010

Majlis Tahlil Bulanan...

Mesyuarat Penduduk Diamond telah bersetuju untuk mengadakan majlis tahlil kepada sesiapa yang ingin mengadakan majlis tahlil ataupun kenduri tahlil.
Majlis Tahlil ini juga ini juga akan dijadikan sebagai salah satu aktiviti mingguan ataupun bulanan.
Borang akan dikeluarkan pada minggu hadapan.
Segala pertanyaan boleh di ajukan kepada ajk-ajk berkenaan.

(Gambar diatas) Di atas kapal pun masih lagi boleh mengadakan majlis tahlil inikan kita.....

Pagar Lorong Belakang...

Kerja mengukur oleh abang besi untuk pembinaan pagar lorong belakang....

Sempat lagi abang besi bermain skipping....he he he..

Meeting Diamond 19hb Februari 2010


Antara yang hadir..jeng jeng jeng...
...
Meeting membincangkan aktiviti dan permasalahan penduduk serta isu-isu semasa
Bandar Saujana Putra.

Thursday, February 18, 2010

Mesyuarat Penduduk Diamond ke-3

Satu mesyuarat penduduk Diamond akan diadakan butiran seperti berikut :-

Tarikh : 19hb Februari 2010 (Jumaat )
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Wakaf Tepi Tasik Diamond

BerBBQ Skali.......Jom..

Kecurian M.S Grating ( Besi Penutup Longkang )


Dalam musim cuti Hari Raya Cina ini banyak berlaku kecurian ' M.S grating ' atau pun penutup besi longkang di Kawasan Bandar Saujana Putra.

Kecurian ini mengundang bahaya kepada penduduk apabila ianya terlopong begitu sahaja.








Pada Para penduduk yang berdekatan atau pun yang mempunyai masa yang terluang diminta untuk mengambil inisiatif untuk menutup sementara lubang-lubang ini. Kerana Pada waktu pagi dan petang ramai kanak-kanak bermain di kawasan ini dan ada juga penduduk yang melatakkan motosikalnya disini dan memancing..








Lihat apada gambar yang disertakan menunjukkan betapa bahayanya jika kanak-kanak terjatuh kedalam lubang yang dipenuhi air lebih kurang sedalam 6 kaki ini.





Saturday, February 13, 2010

Tasik Diamond



Tasik diamond memang indah, tatkala malam menjelma kawasan menjadi
Gelap gelita...cuma lampu- lampu jalan yang dapat menerangi
sebahagian kawasan tasik


Keadaan gelap ini boleh menjadikan tempat ini sarang maksiat
kepada warga yang tidak bertanggungjawab..

Pelbagai cara kita telah lakukan untuk menerangi Tasik ini..tetapi semuanya hanya sementara dan
tidak menjadi adakah pihak yang bertanggungjawab hanya menutup mata...
ramai telah membuat aduan tapi masih lagi tiada tindakan yang dibuat.


Pada Tahun 2008-2009 terdapat kes-kes yang boleh dikatakan
agak serius yang telah terjadi di kawasan ini..( belum disahkan kesahihannya ) diantaranya


1) Cubaan membunuh diri nak terjun dalam kolam...''sebab putus cinta..katenyer...''
2) Rogol Beramai-ramai
3) Pergaduhan antara romeo & juliet ( Pasangan kekasih ) he he..
4) yang terbaru .........lihat pada gambar di atas...jeng jeng ...
anda lihat da fikirlah sendiri..



Nota : sumber belum disahkan..


Tanah Perkuburan Islam Bagi Penduduk BSP


Salam...Satu mesyuarat antara Surau-surau yang terdapat di BSP iaitu Surau An-Nur (Jln 4), Surau Al-Hidayah (Jln 7), Surau Al-Mukmin (Pangsapuri), dan Surau Al-Hijrah (Pangsapuri Kos Rendah)serta wakil Biro Khairat kematian Surau Nurul Iman (Kg.Lombong) telah diadakan pada hari selasa (9 Feb 2010) jam 9 mlm bertempat di Suaru An-Nur BSP.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, dan surat perkeliling yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Kuala Langat, semua penduduk/kariah BSP yang meninggal dunia dibenar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lombong.Sedikit makluman tentang Tanah Perkuburan Islam Kampung Lombong:-Telah dibuka dan digunakan secara rasmi oleh penduduk kampung lombong pada tahun 2007.Tanah perkuburan tersebut diuruskan oleh Biro Khairat Kematian Surau Nurul Iman, Kg.Lombong yang terletak di Sekyen 29, 40460 Shah Alam Selangor.

Perkuburan tersebut terletak di jalan Lombong 2, diberitahu oleh Pengerusi Biro Khairat tersebut iaitu En.Abdul Manap jika tidak silap saya.Jika tuan/puan ingin mendapatkan penerangan lanjut berhubung tanah perkuburan ini bolehlah menghubungi mana-mana AJK Biro Khairat Kematian Surau Nurul Iman seperti yang disenaraikan dibawah ini

:-1) Abdul Manap - Pengerusi Biro Khairat Kematian Surau Nurul Iman (012-3185330)

2) Saiful bin Jumali AJK (017-3117130)

3) Hj Hairi AJK (019-3187885)

4) Hj Jaafar AJK (016-9138151)

5) Hj Sairi b. Mohd Isa (014-226 5315).


AJK -AJK di atas boleh dihubungi jika berlaku sebarang kematian ahli keluarga/Kariah BSP.Kebenaran dan lokasi tapak kubur yang perlu digali akan dikendalikan oleh AJK_AJK tersebut.


Biro Khairat Kematian Surau Darul Iman juga sedia membantu menguruskan jenazah dari urusan mandi,kafan,membuat keranda, mengali lubang kubur sehinggalah jenazah dikebumikan sekiranya diperlukan.Walau bagaimana pun sekiranya ahli kariah dapat menguruskan pengurusan jenazah tersebut dari mandi hingga sembahyang adalah amat digalakkan.


Ini kerana Biro Khairat kematian Surau Darul Iman tidak mempunyai bilal atau penggali kubur yang tetap sekiranya berlaku kematian. Pihak Surau Darul Iman menasihati kepada penduduk BSP jika sekiranya kematian berlaku pada hari-hari bekerja pihak mereka memohon supaya jenazah dapat diuruskan terlebih dahulu oleh ahli keluarga/kariah BSP sebelum dibawah ke Tanah pekuburan Kg.Lombong untuk dikebumikan. Ini disebabkan kesukaran/ketiadaan bilal pengurusan jenazah kerana semua ahli-ahlinya bekerja.Sekiranya Kematian berlaku pada hari Jumaat atau hari Ahad, Pengerusi Biro memaklumkan insya allah pihak Surau Darul Iman dapat membantu menguruskan jenazah tersebut sekiranya diperlukan.


Semua peralatan dan kemudahan pengurusan seperti tempat mandi mayat, cangkul dan sebagainya ada disediakan oleh pihak Surau Darul Iman. Manakala kelengkapan laian seperti Kain Kapan, Papan bagi membuat keranda boleh dipinjam terlebih dahulu daripada pihak surau sekiranya diperlukan dan kemudiannya digantikan semula selepas itu, sekirnya diperlukan oleh ahli kariah atau penduduk BSP.Setakat ini sahaja info yang dapat diberikan berhubung perkara di atas, mudah-mudahan dapat memberi sedikit kemudahan kepada kita semua apabila diperlukan.
Dari : Khairi (Setiausaha KRT Zon A )

Thursday, February 11, 2010

Lavender 2



Lavender 2

Akan Mula dijual pada Bulan AprilHarga : Dalam Rm290-350K

Tapak : kawasan Lavender Sedia ada.

Rumah Contoh : Depan Taman Lavender ( dalam pembinaan )