BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Thursday, June 9, 2011

Merawat Penyakit Hati

PENDAHULUAN
Sememangnya perjalanan menuju keredaan Allah adalah usaha yang sangat berat. Ia melalui banyak ujian dan halangan. Dan kerana itu, menjelaskan peraturan jalan kepada orang-orang yang berjuang di jalan Allah adalah sesuatu keharusan yang tidak dapat dielakkan. Peraturan ini bertujuan untuk menerangi jalan para penempuhnya khususnya ketika mempersiapkan segala bekal yang diperlukan dalam perjalanan tersebut. Dengan demikian, mereka tidak akan terputus di tengah jalan, patah semangat atau tidak mapu meraih kebahgian. Dan kerana itu juga diterangkan beberapa penyakit hati yang perlu dielakkan oleh kita semua.
Antaranya, berbangga dengan diri sendiri (‘ujub), diperdaya oleh perasaan sendiri (ghurur), sombong atau tinggi diri (takabbur), menunjuk-nunjuk kerana ingin dipuji (riya’), buruk sangka tanpa sebarang alas an (su’uzzhan), kedekut atau enggan membantu (syuhh) dan dendam kerana iri hati (hiqd). Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya kerana mampu membuat mereka lalai dari terus mencari keredaan Allah. Kerana itu, ia perlu ditanggani segera agar kehidupan kita di dunia ini akan diberkati.


‘UJUB ATAU BERBANGGA-BANGGA (AL-IJAB BI AL-NAFS)
Penyakit pertama yang menjangkiti orang-orang yang menuju ke jalan yang diredai oleh Allah SWT adalah ujub atau membanggakan diri.


PENGERTIAN ‘UJUB
Dari sudut bahasa, berbangga-bangga atau ‘ujub (al-ijab) memiliki beberapa makna.
Pertama : mengagumkan (membanggakan) dan menganggap baik seperti pada kalimah a’jabahu al-amr (urusan itu membuatnya kagum) dan ‘ujubabihi (ia dibuat dengan kagum dengan hal itu). Surah Al-Baqarah: 221, “katakanlah, tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyaknya yang buruk itu membuatmu kagum. ”
kedua: merasa tinggi dan besar serta sombong seperti pada kalimah ‘ajabahu al-amr (urusan itu membuatnya merasa tinggi, besar dan sombong) dan rajul mu’jab (lelaki yang merasa tinggi, besar dan sombong ketika memiliki sesuatu, baik secara positif atau negatif). Allah SWT berfirman : “ dan pada hari perang Hunain saat jumlah kamu yang banyak membuatmu sombong padahal tidak memberikan manfaat apa pun bagi kamu. (surah At-Taubah: 25). Dari sudut istilah, al- ‘ijab bereti membanggakan diri dengan segala sesuatu yang muncul dari dirinya, samada dengan ucapan mahupun perbuatan, sambil tidak membandingkannya dengan orang lain. Jika seseorang membandingkan dirinya dengan orang lain dan ia meremehkan apa yang dilakukan oleh orang lain, perbuatannya itudisebut al-ghurur(tertipu). Namun jika saat membandingkan dengan orang lain ia menghina peribadi orang lain dengan merasa lebih darinya, perbuatannya itu dinamakan at-takabbur (sombong).

FAKTOR- FAKTOR PENYEBAB ‘UJUB

1) LINGKUNGAN KELUARGA
Faktor pertama yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ ujub adalah lingkungan keluarga. Hal ini terjadi kerana seseorang itu membesar di dalam lingkungan keluarga yang salah satu atau kedua orang tuanya memiliki sikap sifat senang dipuji, selalu merasa benar sendiri, selalu mengabaikan nasihat dari orang lain yang merupakan tanda sifat ‘ujub. Oleh kerana itulah islam menganjurkan para ibu bapa yang berpegang teguh pada nilai-nilai agama dalam mendidik anak-anak. Ini adalah kerana hanya nilai-nilai agama sahajayang dapat menjaga ibu bapa dari sifat-sifat negatif sehingga mereka dapat menjadi teladan bagi anak-anaknya.


2) PUJIAN YANG TIDAK SESUAI DENGAN ETIKA SYARIAH
Faktor kedua yang boleh menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah pujian dari orang lain. Ada sebahagian orang yang mudah memuji orang lain secara terang-terangan tanpa memperhatikan etika syariat. Pujian seperti itu kemudiannya mempengaruhi orang yang dipujinya. Ia lalu merasa memilki lebih daripada orang lain dan kerana bisikan syaitan yang terus menerus, perasaan ini melahirkan sikap ‘ujub.


3) PERGAULAN DENGAN ORANG YANG SUKA UJUB
Faktor lain yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah pergaulan dengan orang yang suka membanggakan diri. Hal itu terjadi kerana seseorang boleh saja dipengaruhi oleh temannya. Jika temannya memiliki sifat suka membanggakan diri, ia akan terpengaruh oleh sifat temannya tersebut. Kerana itulah islam menekankan pentingnya berhati-hati dalam memilih teman. Pemilihan teman yang berakhlak terpuji akan memberikan implikasi positif bagi seseorang dalam berakhlak mulia. Begitu juga sebaliknya, teman yang buruk perangainya hanya akan memerangkapnya ke dalam akhlak yang tercela.


4) LUPA KEPADA PEMBERI NIKMAT
Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah lupa kepada Tuhan pemberi nikmat. Lazimnya, jika seseorang itu diberi kenikmatan oleh Allah seperi harta, ilmu kekuatan, kemulian dan lain-lain, ia akan menerima semua kenikmatan itu tetapi lupa untuk mensyukurinya.

KESAN NEGATIF SIKAP ‘UJUBKESAN BAGI PELAKU


1) TERJERUMUS KE DALAM SIKAP TERPEDAYA DAN SOMBONG
Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu memandang rendah kepada kemampuan orang lain dan juga merasa dirinya lebih dari segala-gala hal berbanding dengan orang lain.


2) TERHALANG DARI BIMBINGAN ILLAHI( TAUFIQ ILAHI)
Sikap ‘ujub juga menjadikan seseorang itu lupa pada maha pencipta iaitu Allah SWT. Akhirnya, ia dibiarkan, tidak mendapat bimbingan dari Allah dalam setiap apa yang dilakukannya. Sunnatullah (ketentuan Allah) telah menetapkan bahawa Allah tidak akan member bimbingan kecuali kepada yang merendahkan dirinya di hadapan Allah, menghindarkan diri dari godaan syaitan, memohon perlindungan sepenuhnya kepada-Nya dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk tunduk dan patuh kepada-Nya.


3) PUTUS ASA SAAT MENERIMA COBAAN DAN MUSIBAH
Manusia yang bersikap ‘ujub akan mudah merasa terbeban ketika ujian Allah mendatanginya. Ia akan berputus asa pada setiap perkara yang tidak berjaya dilakukannya. Ini disebabkan oleh sikapnya yang melupakan Allah disaat kesengannya dan kerana itu Allah juga melupakannya disaat kesusahannya.


4) DIJAUHI ATAU DIBENCI ORANG LAIN
Sikap ‘ujub akan mengundang murka Allah SWT. Barang siapa yang dimurkai Allah, seluruh penduduk langit akan memurkainya. Akhirnya, orang yang ‘ujub pun akan dibenci penduduk bumi. Mereka akan menjauhi, membenci, tidak ingin melihat, juga tidak ingin mendengar suaranya

.TANDA-TANDA PENYAKIT ‘UJUB


1) MERASA DIRI ADALAH YANG TERBAIK
Orang yang mempunyai penyakit ‘ujub selalu merasa dirinya terbaik, ingin disanjungi dan ingin dihormati.


2) MENGABAIKAN NASIHAT
Orang yang berada dikalangan penyakit ini juga selalu mengabaikan nasihat dari orang lain bahkan menjauhinya sama sekali.


3) SENANG MENDENGAR AIB TEMANNYA
Orang sebegini juga selalunya senang mendengar aib orang lain terutamanya aib teman-temannya.

CARA MERAWAT PENYAKIT ‘UJUB

1) Selalu menyedari hakikat diri.
2) Selalu menyedari hakikat kehidupan dunia dan akhirat.
3) Sentiasa mengingati nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
4) Mengawal sikap sombong.
5) Sentiasa muhasabah diri.
6) Memohon pertolongan kepada Allah SWT

TERPEDAYA OLEH PERASAAN SENDIRI ATAU AL-GHURUR

Penyakit kedua yang menimpa umat manusia adalah terpedaya oleh perasaan sendiri atau al-ghurur. Mereka harus berusaha sekuat tenaga untuk membebaskan diri dari penyakit ini dan tidak terjerumus untuk kali keduanya.MAKSUD AL-GHURURKata al-ghurur mempunyai banyak erti antaranya. :•
Pertama : tertipu oleh diri sendiri atau orang lain.•
Kedua; segala sesuatu yang menjerumuskan dan mengakibatkan pada penipuan.• Menurut istilah pula, al-ghurur bererti seseorang yang berjuang di jalan Allah merasa bangga terhadap dirinya sendiri sehingga meremehkan dan memandang rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang lain tetapi tidak menghina peribadi orang tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB AL-GHURUR


1) TIDAK BEKERJASAMA DENGAN ORANG LAIN
Ada dikalangan kita yang kadang-kala merasa bangga dengan diri. Padahal semangat yang ada sebenarnya cukup lemah hingga tidak dapat melepaskan perasaan yang ada dalam dirinya. Kerana itu dia memerlukan semangat kerjasama atau pertolongan dari sahabatnya untuk menyelesaikan sebarang tugas.


2) MEMPERDALAMKAN ILMU TANPA MENGAMALKANNYA
Seseorang itu kadangkala begitu bersemangat untuk mendalami pelbagai ilmu, terutamanya ilmu-ilmu yang sukar untuk dipelajari tetapi tidak menggunakannya atau mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya itu. Tiada gunanya ilmu yang diperolehi andainya tidak digunakan.


3) CENDERUNG PADA KEHIDUPAN DUNIA
Orang yang mempunyai sifat al-ghurur ini akan mengejar sesuatu yang lebih pada keduniaan berbanding dengan akhirat. Apa sahaja yang dilakukannya hanya untuk kebanggaan diri.

IMPLIKASI SIKAP AL-GHURURKESAN TERHADAP PELAKU


1) TERJERUMUS DALAM KANCAH PENDEBATAN DAN PERSELISIHAN FAHAM
Seseorang yang mempunyai sifat al-ghurur kerana terlampau membanggakan diri sendiri dan terlampau melihat amal kebaikan sendiri tanpa mahu melihat kepada amal orang lain, akan selalu berusaha membela dirinya dan selalu ingin menang dengan pelbagai cara samada sevara positif atau negatif.


2) DEGIL
Sifat ini juga akan mengakibatkan seseorang itu bersikap degil dan keras kepala. Ini kerana akibat terlalu memandang diri sendiri, ia berkeyakinan bahawa apa yang dilakukannya akan selalu benar, dan tidak mungkin salah. Sementara apa yang dilakukan oleh orang lain akan selalu salah dan tidak mungkin akan benar. Orang seperti ini sukar menerima kebenaran dari orang lain dan selalu memaksa fikirannya sendiri. Sikap keras kepala seperti ini akan membuatnya selalu hidup dalam kekeliruan dan akhirnya menemui kebinasaan.

TANDA-TANDA PENYAKIT AL-GHURUR
a)Selalu meremehkan dan memperlekehkan kebaikan orang lainb)Selalu membicarakan, memuji dan membanggakan kebaikan diri sendiric)Sukar menerima kebenaran walaupun bersumber dari akhirnya.

CARA MENGUBATI PENYAKIT AL-GHURUR


1) BERSIKAP SEDERHANA DALAM SEGALA HAL
Bersikap sederhana dan seimbang dalam segala hal termasuklah dalam ketaatan dan mengerjakan hal-hal mudah dapat menjaga diri dari terjerumus pada sikap ghurur dan malas bekerja.


2) SENTIASA MENGINGATI KURNIA ALLAH
Sepenting mana pun pekerjaan kita, hingga menjadi sumber utama hidup kita dan keluarga, kita harus ingat ia bukanlah penjamin keselamatan kita. Keselamatan kita adalah kurnian Allah SWT sebagaimana sering di dalam banyak ayat Al-Quran.
Allah SWT berfirman, “ Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka kami akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Bagi mereka pasangan-pasangan suci. Dan kami memasukkan mereka ke tempat yang teduh dan nyaman. Surah An-Nisa: 57.


3) MENYIBUKKAN DIRI DENGAN URUSAN PENTING
Menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang penting dan mengabaikan permasalahan yang kurang berguna dan tidak bermanfaat dapat menghilangkan penyakit ghurur dalam diri kita. Oleh itu, waktu dan usia kita dapat dimanfaatkan dengan baik.


4) BERGAUL DENGAN ORANG YANG IKHLAS
Untuk menghilang penyakit ghurur, kita sebaiknya sering bergaul dengan orang-orang yang ikhlas dalam beramal di jalan Allah. Bergaul dengan mereka memberikan peluang bagi anda untuk mendapatkan pelajaran dan nasihat yang baik.


5) SENTIASA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT.
Memohon pertolongan Allah SWT. agar terhindar dari penyakit ghurur merupakan terapi efektif untuk melenyapkan penyakit ini. Ini kerana, Allah Ta’ala akan menolong setiap orang yang memohon pertolongan-Nya dan melindungi setiap orang yang memohon perlindungan-Nya.


SOMBONG ATAU BONGKAK (AT-TAKABBUR)DEFINASI TAKABBUR•
Secara bahasa, takabbur bererti ‘merasa besar’ atau ‘menunjukkan kebesaran’ (at-ta’azum).• Menurut istilah, takabbur bererti menunjukkankebanggaan pada diri sendiri dengan melecehkan peribadi orang lain dan tidak mahu menerima kebenaran yang datang dari mereka.


PERBEZAAN ANTARA SOMBONG (TAKABBUR) DAN HARGA DIRI (IZZAH)
Perbezaan antara sombong dan rasa harga diri sangat jelas. Kesombongan adalah perasaan bangga atas hal-hal yang negatif sedangkan rasa harga diri adalah sebaliknya. Sombong bererti mengingkari kenikmatan sedangkan rasa harga diri adalah menerima nikmat dan menyampaikannya kepada orang lain.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB TAKABBUR


1) TAWADUK YANG BERLEBIHAN DARI ORANG LAIN
Sebahagian orang ada yang bersikap tawaduk secara berlebihan sehingga tidak mahu memakai pakaian yang bagus, tidak mahu memberikan sumbang saran kepada orang lain tentang sesuatu persoalan, tidak mahu melopori penyelesaian sesuatu masalah, ataupun engan menerima sebarang amanah pun.


2) MEMBANDING-BANDINGKAN NIKMAT DAN MELUPAKAN PEMBERINYA
Di antara manusia ada yang diberi nikmat khusus yang tidak diberikan kepada orang lain, seperti kesihatan, anak isteri, harta, pangkat dan kedudukan, ilmu, kehebatan dalam bertutur kata dan menulis dan lain-lain. Akibat dipengaruhi kenikmatan tersebut, seringkali ia lupa kepada pemberi nikmat itu(Allah) dan mula membanding-bandingkan antara kenikmatan yang diterimanya dan kenikmatan orang lain.


TANDA-TANDA SIFAT TAKABBUR
Ada beberapa perilaku yang tanda –tanda adanya sifat sombong dalam diri seseorang, antara :
1. Berlagak ketika berjalan dengan membongkokkan belakang dan memalingkan muka.
2. Melakukan kerosakkan di muka bumi apabila ada kesempatan dengan menolak nasihat dari menentang kebenaran.
3. Berlebihan dalam berbicara.
4. Menginginkan agar semua orang semasa memerlukan kepadanya, sementara ia merasa tidak memerlukan orang lain.
5. Ingin lebih dahulu daripada orang lain saat berjalan, dalam pertemuan, ketika berbicara dan sebagainya.

IMPLIKASI NEGATIF SIFAT TAKABBUR

1) Tidak mampu mengambil pengajaran
Seseorang yang sombong kerana kelebihannya berbanding orang lain, samada disedari atau tidak kadang-kadang melebihi Tuhan sendiri. Sikap seperti ini mengakibatkan ketidak mampuannya mengambil pengajaran (iktibar)sehingga ketika melihat ayat-ayat Allah yang begitu banyak pada dirinya dan alam sekitar, ia berpaling dari ayat-ayat itu.

2) Selalu melakukan kesalahan dan kekurangan.
Seseorang yang sombong kerana berasa sempurna dalam setiap hal, tidak akan melakukan muhasabah diri untuk mengetahui kelemahan dan kekurangan dirinya serta memperbaiki hal-hal yang perlu diperbaiki. Ia juga enggan menerima nasihat, petunjuk dan bimbingan dari orang lain sehingga akan terus berada dalam kekeliruan dan kesalahannya sampai akhir hayat.

CARA MENGUBATI PENYAKIT TAKABUR
1) Menghindari pergaulan dengan orang sombongUntuk menghilangkan penyakit takabbur, kita harus menghindari pergaulan dengan orang-orang yang sombong, lalu bersahabat dengan orang-orang yang rendah diri.
2) Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmuSelalu menghadiri majlis ilmu yang dibimbing oleh para ulama yang selalu memberikan nasihat, terutamanya majlis-majlis zikir dan forum agama. Majlis sebegini akan melatih hati kita sehingga menjadi lembut dan mendapatkan kehidupan baru yang terhindar dari penyakit takabur.
3) Mengingati nilai kemulian dalam islamSelalu mengingati nilai keutamaan dan kemulian dalam islam dapat menjauhkan kita dari penyakit takabbur.
4) Selalu taat kepada AllahJika seseorang selalu taat dan hanya hanya mengharapkan keredaan Allah, dirinya akan bersih, suci dan meraih darjat yang paling tinggi. Dengan demikian, ia pun akan terhindar dari penyakit takabbur.
5) Muhasabah diri secara berperingkat. Untuk menyembuhkan penyakit takabbur, kita harus selalu bermuhasabah diri secara berperingkat, sehingga kita tahu apa yang harus diubati dalam diri kita. Tahu kebaikan dan kekurangan kita, lalu berusaha keras untuk menyemai kebaikan dan memperbaiki kekurangan diri.
6) Memohon pertolongan dari AllahAgar kita dapat sembuh dari penyakit takabbur, kita harus selalu memohon pertolongan Allah. Ini kerana, Dialah penolong orang yang memohon pertolongan-Nya dan mengabulkan doa orang yang mengalami kesulitan.


SUKA MENUNJUK-NUNJUK (RIYA’) DAN INGIN DIDENGAR (SUM’AH)PENGERTIAN RIYA’ DAN SUM’AH
Dari sudut bahasa, riya’ diambil dari kata ru’yah yang ertinya memperlihatkan. Manakala sum’ah pula diambil dari kata summa’ah (memperdengarkan) yang bermaksud, ia menunjukkan dan menceritakan amal-amal yang telah diperbuatnya yang sebelumnya tidak diketahui oleh orang lain.Secara istilah, riya’ dan sum’ah adalah usaha seseorang untuk menunjuk-nunjuk amalan baiknya agar diketahui oleh orang lain dengan tujuan agar mendapatkan tempat dan kedudukan yang baik di sisi mereka atau kerana ingin mendapatkan keuntungan duniawi dari mereka. Seandainya amal-amal itu dilakukan di hadapan orang lain, perbuatan ini disebut riya’. Dan jika perbuatan itu tidak dilakukan di hadapan orang tetapi kemudian diceritakan kepada mereka, ia dipanggil sum’ah.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB RIYA’ DAN SUM’AH
1) Bergaul dengan teman-teman yang berakhlak burukKetika seseorang itu bergaul, kadangkala teman pergaulannya adalah dari kalangan mereka yang bersikap buruk, yang sentiasa menunujuk-nunjuk, ingin dilihat orang lain, ingin disanjungi dan dipuja. Sifat seperti lambat laun akan menjangkiti pada dirinya apatah lagi seandainya ia tidak memiliki keperabadian kuat dan mudah terpengaruh dengan orang lain.
2) Tamak terhadap milik orang lainSifat tamak dan rakus untuk mendapatkan keuntungan material dari manusia, atau sikap tidak puas dalam mengejar kesenangan dan keuntungan duniawi akan mendorong seseorang berbuat riya’ dan sum’ah. Perilaku riya’ dan sum’ah itu dilakukan agar orang lain memandangnya sebagai orang baik dan mempercayainya sehingga hatinya tergerak untuk memberikan sesuatu yang dapat memenuhi kepentingan dirinya.
3) Mengharapkan pujian dan sanjunganSifat sentiasa ingin mendapatkan pujian dan sanjungan dari manusia akan menjadikan seseorang berbuat riya’ dan sum’ah. Ia selalu berharap setiap orang memujinya dan di dalam setiap majlis, kebaikannya disebut-sebut. Ia akan merasa terangkat dan tersanjung dengan hal itu.
4) Kekaguman pada orang lainRasa kagum orang lain yang ditunjukkan akan membuat seseorang menjadi riya’ dan sum’ah agar orang lain bertambah kagum dan tertarik pada amal-amalnya. Islam menjaga agar manusia tidak terjangkit penyakit ini sehingga melarang memuji atau menunjukkan kekaguman pada seseorang. Jika pujian itu perlu dilakukan, ia perlulah dilakukan dengan penuh hati-hati, jangan sampai orang yang dipuji dan dikagumi menjadi riya’ dan sum’ah.


TANDA-TANDA RIYA’ DAN SUM’AH
1. Bersemangat dan semakin bersungguh-sungguh dalam melakukan suatu amal apabila ada orang yang memuji dan menyanjungnya. Namun apabila dicela atau dihina, ia menjadi malas dan sekadar melepaskan batuk di tangga.
2. Bersemangat dan bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu pekerjaan ketika bersama orang lain, dan akan menjadi malas ketika bersendirian.
3. Menjaga dan memerhatikan batas-batas Allah ketika bersama orang lain, tetapi melanggarnya saat bersendirian, jauh dari pandangan orang lain.

IMPLIKASI NEGATIF RIYA’ DAN SUM’AH
1) Selalu resah dan gelisahOrang yang riya’ dan sum’ah akan selalu merasa resah dan gelisah kerana ia melakukan suatu perbuatan dengan tujuan ingin mendapatkan keuntungan dari manusia, samada yang bersifat material atapun bukan seperti pujian dan sanjungan.
2) Lemah dalam menyempurnakan amalDalam melakukan pekerjaannya, orang yang riya’ dan sum’ah selalu mengharapkan pekerjaannya diawasi dan diperhatikan oleh manusia, bukan oleh pencipta. Padahal, manusia tidak akan dapat terus mengawasi dan memerhatikannya dalam berbagai situasi dan keadaan. Saat orang-orang sudah tidak mengawasi dan memerhatikannya lagi, akan timbul rasa malas untuk menyempurnakan amalnya hingga kemudiannya ia akan kehilangan kepercayaan dari mereka.

CARA MENGUBATI RIYA’ DAN SUM’AH
1) Sentiasa mengingati kesan riya’ dan sum’ah
2) Menjauhi teman yang bersikap riya’ dan sum’ah
3) Bersikap lembut kepada orang lain
4)Memohon perlindungan kepada Allah
5)Sentiasa mengingati Qada’ dan Qadar


BURUK SANGKA (SU’AL-ZHANN)PENGERTIAN SU’AL-ZHANN
Dari sudut bahasa, kata zhann memiliki banyak erti:
1. Ragu
.2. Tuduhan
3. Perkiraan
4. Keyakinan•

Manakala perkataan su’ pula memiliki dua maksud:
1. Segala sesuatu yang buruk, lawan bagi baik
2. Setiap sesuatu yang menghalangi manusia dari urusan-urusan dunia dan akhirat, samada berasal dari dirinya sendiri atau pun dari orang lain.
Secara kesimpulannya, maksud su’al-zhann secara istilah ialah mengira atau menyangka orang lain memiliki satu sifat buruk dan menuduhnya dengan segala kejahatan, tanpa sebarang bukti yang jelas

TANDA-TANDA SU’AL-ZHANN
1)Melakukan kejahatan dan kemaksiatanOrang yang berburuk sangka suka melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Hal ini dilakukan dengan alas an, Allah tidak melihat dan tidak mengetahuinya. Mereka juga menganggap tidak ada hari kebangkitan dan hari perhintungan di akhirat.
2) Berharap dan takut kepada makhlukOrang yang sentiasa berburuk sangka amat senang bergantung harapan kepada makhluk. Ini kerana, mereka selalu merasa bahawa makhluk dapat memberikan bantuan kepada mereka. Selain itu, mereka juga selalu merasa takut kepada makhluk (selain Allah) kerana menyangkakan mereka dapat menolak mudarat.
3) Bersungguh-sungguh Beramal Ketika TerdesakOrang yang berburuk sangka akan bersungguh-sungguh dalam beramal ketika terdesak oleh sesuatu keperluan atau kepentingan. Sebagai contohnya, mereka hanya bersungguh-sungguh mencari rezeki ketika memerlukannya dan hanya bersungguh-sungguh menghadapi kematian apabila sakaratulmaut sudah berada di ambang pintu.


FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB SU’AL-ZHANN
Terdapat pelbagai faktor yang mampu meyebabkan seseorang itu dijangkiti penyakit buruk sangka (Su’ Al-Zhann). Di antaranya ialah:
1) Niat dan Tujuan yang BurukKadang-kadang seseorang itu dibesarkan dalm suasana yang tidak baik dan suasana tersebut menyebabkan ia terjerumus ke kancah maksiat dan kejahatan. Akhirnya, perbuatan tersebut mampu menyebabkan dirinya berburuk sangka kepada orang yang tidak tepat. Dalam hal ini, sikap buruk sangka telah lahir dari niat dan tujuan yang buruk.
2) Mengikut Hawa NafsuSeandainya manusia mengikuti hawa nafsunya sehingga bertuhankannya maka ia pasti akan terjerumus pada persangkaan dusta yang tiada dalil, alasan dan bukti. Kebencian pada seseorang itu mampu membutakan manusia dan sebagai contoh, kebencian mampu mendorong seseorang itu mencari-cari kesalahan orang yang dibenci olehnya. Kerana tidak menyenanginya, ditambah dengan tidak bersikap objektif, kebenciannya akan mendorongnya selalu berburuk sangka kepada insane tersebut.Terjerumus dalam Perkara Syubhat
Antara faktor yang mampu menyebabkan seseorang itu berburuk sangka kepada insan lain ialah terjerumus kepada perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang masih samar-samar kedudukan hukumnya, sama ada disengaja ataupun tidak. Sekalipun jatuhnya tanpa sengaja maka ia tetap tidak dibenarkan. Ini kerana, ianya mampu menyebabkan seseorang itu bersikap buruk sangka kepada insan lain.

IMPLIKASI BURUK SANGKAIMPLIKASI BAGI PELAKU
1)Terjerumus dalam kemaksiatan dan kejahatan
2)Berhenti melakukan kebaikan dan ketaatan
3)Menyesal yang tiada henti4)Dibenci dan dijauhi orang lain

CARA MENGUBATI PENYAKIT BURUK SANGKA
1) Membina akidah yang sihatUntuk menjaga diri dari berburuk sangka terhadap orang lain tanpa alasan yang benar, kita harus membina akidah yang sihat di atas prasangka baik kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin yang soleh. Akidah ini akan selalu menjaga kita dari berb uruk sangka. Dan, jika kita terlanjur berburuk sangka, kita dapat dengan mudah untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
2)Meninggalkan kemaksiatanUntuk menghilangkan buruk sangka, seseorang harus melatih diri dalam meninggalkan kemaksiatan dan kejahatan, sertabersungguh-sungguh dalam berbuat ketaatan dan kebajikan. Latihan ini akan menjadikannya jauh dari sikap buruk sangka terhadap orang lain.


KESIMPULAN
Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan; suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji dan sebagainya. Perasaan begini bergolak dan berubah sangat cepat di dalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negatif, amal yang lahir adalah keburukan. Kerana itu, Rasulullah bersabda, sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah hati. (Hadis Riwayat Ahmad)

Putra Heights LRT Station ..2014

Wednesday, June 1, 2011

Tanah TOL



Tanah TOL bermaksud tanah 'temporary Occupation License 'dalam bahasa melayunyer LESEN MENDUDUKI SEMENTARA 


Tanah TOL ni boleh di pohon oleh semua warganegara Malaysia.....tak kira bangsa, agama....bersyarat.....tapi mesti berumur 18 tahun ke atas....kawasan-kawasan tanah  yang boleh di pohon contohnya di bawah rizab TNB  rezab-rezab parit, lombong..tanah kerajaan terbiar ataupun rizab-rizab jalan....kalau rizab TNB boleh la buat nursery..kalau rizab jalan boleh buat kedai makan ke, kedai basuh kereta ke....mcam la....Cuma tanah TOL ni tak mempunyai geran tapi dapat lesen sahaja........kene bayar dalam RM 100 lebih setahun...rasanya la...apa lagi marilah kita mohon beramai2....kat BSP ni jom kita carik tanah2 TOL tu.....







Menjadi Pemimpin yang Diredhai


Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.  Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
  1. Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
  2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
  3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
  4. The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddaththir.
  1. Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
  2. Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
  3. Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
  4. Tinggalkan dosa.
  5. Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.
Pemimpin Mengikut Islam
1. Niat Yang Ikhlas
Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.
2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).

3. Tidak Meminta Jabatan

Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.

5. Memutuskan Perkara Dengan Adil

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).
6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan
Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).
7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”
8. Tidak Menerima Hadiah
Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).
9. Mencari Pemimpin Yang Baik
Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).
10. Lemah Lembut
Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.

11. Tidak Meragukan

Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).
12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.
Sebagai penamat posting ini, saya membocorkan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik oleh Tun Dr. Mahathir:
  • Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
Wassalam..
Majalah Hidayatullah