
BBQ kambing Mei 2011...
Friday, May 28, 2010
Permohonan Bonggol

Jaga Aib
Semalam, sempat saya mendengar kuliah manghrib. Berkenaan ‘Jaga Aib’. Saya rasa ingin dikongsikan kepada anda.
Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.
Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”
“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni”ataupun "Eh..buruknya rumah kamu tak ada duit ke nak baiki ke" Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.
Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:
- Cerita keburukan orang
- Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
- Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
- Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya
Contoh lagi..
Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.
Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”
Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.
Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.
Satu lagi untuk saya sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.
Ada juga diantara jiran-jiran yang selalu mengaibkan jiran yang lain memperkatakan kelemahan jiran yang lain berkumpul beramai-ramai hanya untuk mengumpat dan mendedahkan keaiban jiran.Fikirkanlah..
Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya.
Ikhlas dari,
LanGajah
Wednesday, May 26, 2010
Masterplan BSP Aerial View
Latest MasterPlan BSP (LBS)
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Zon A Ditamatkan perkhidmatan.
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Kawasan Kejiranan BSP Zon A yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diberikan kepada mereka.
Diatas rungutan dan pandangan daripada penduduk kejiranan BSP Zon A yang telah melanggani perkhidmatan Kawalan keselamatan tersebut. Maka atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan persatuan terhadap perkara ini, dimaklumkan mulai bulan Mei 2010, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd dianggap telah ditamatkan memandangkan tiada lagi kawalan keselamatan dan rondaan yang dijalankan.
Pihak Persatuan Penduduk BSP (Zon A) menasihatkan kepada penduduk yang melanggani perkhidmatan ini, tidak lagi membuat apa-apa bayaran perkhidmatan kepada sesiapa sahaja wakil, pengawal yang membuat rondaan atau yang mewakili syarikat tersebut kerana pihak persatuan telah menganggap perkhidmatan kawalan ini telah ditamatkan dan pihak persatuan tidak mempunyai apa-apa urusan atau hubungan dengan pihak syarikat terbabit.
Sekian, dimaklumkan.
Tuesday, May 25, 2010
Balai Polis akan ada pada bulan Julai nanti..
Alhamdulillah Balai Polis akan bertapak di BSP insyaAllah pada bulan Julai nanti
Pihak LBS menyatakan akan menganggung kos pembinaan Balai Polis berkenaan. Sunday, May 23, 2010
Apa sebenarnya burj al-arab di dubai...
Pernah pergi ke Dubai, UAE? Haha..kalau pernah, dah melawat ke bangunan yang menjadi mercu tanda mereka, iaitu Burj Khalifa dan Burj Dubai? Kebanyakkan dari kita tentu terpesona dengan kecantikan struktur kedua-dua bangunan tersebut. Wow! Berjuta malah bilion (dan mungkin lebih) duit-duit disalurkan oleh negara minyak tu bagi menjadikan Dubai berkembang pesat dalam jangkamasa lebih kurang 10-15 tahun bermula 1990.
Ok, aku bukan nak bercerita apa yang ada di Dubai, yup..ramai yang mengetahui bahawa negara tersebut negara kaya dan kos sara hidup disana berkali ganda lagi mahal dari kos sara hidup di Kuala Lumpur, Malaysia ini. Maka, dengan kekayaan tersebut, lahirlah bangunan-bangunan pencakar langit seperti Burj Khalifa dan Burj Al-Arab dinegara tersebut.
Tetapi, apa yang menjadi kontroversi pada sesetengah pihak adalah pembangunan Burj Al-Arab. Kontroversi ini lebih panas, dan lebih sensetif.
Burj Al-Arab yang dibangunkan diatas pulau tambakan tanah yang dicipta oleh manusia ini rupanya merupakan bangunan yang seolah-olah memaparkan simbol salib (cross) yang terbesar di Dunia..MasyaAllah! Bertambah menyakitkah hati lagi apabila tanda Salib tersebut dihalakan selari dengan kedudukan Masjid Al-Aqsa..
Em, sekali pandang bangunan Burj Al-Arab seolah-olah tiada apa berlaku, cuba tengok dari sudut pandangan berbeza seperti yang ditunjukan didalam gambar dibawah:
Ok, nampak? Jelas bukan.. Okay,dibawah ini ada satu lagi gambar yang aku dapat dari sorang member malah dalam gambar tersebut ditujukkan peta Google Earth yang tanda salib tersebut terus menghala ke Masjid Al-Aqsa
Garisan yang terdapat dalam peta satelit Google Earth diperbesarkan ke Masjid Al-Aqsa dan Burj Al-Arab
omar.my/wp-content/uploads/2010/02/bal4.jpg" title="Garisan Selari Masjid Al-Aqsa" rel="lightbox[172]">
Jadi, tujuan aku menulis ni, bukanlah mahu mengajak korang semua supaya tak pergi ke Dubai untuk lihat Burj Al-Arab, tapi ingin membuka mata korang semua supaya tidak terlalu taksub dengan design dan rekabentuk sesetengah bangunan tanpa menyedari apa unsur atau idealogi yang wujud dalam pembangunan menara atau mercu tanda tersebut.
Inikah yang dikatakan dunia akhir zaman?
Thanks to Ariff kerana share info ni dengan aku dan sanggup forward gambar-gambar ini kedalam e-mel aku. Btw, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa setakat ni tidak mempunyai apa-apa kontroversi. Harap korang dapat bezakan Burj Dubai (sekarnag Burj Khalifa) dengan Burj Al-Arab
Itu sahaja tentang Burj Al-Arab.
Friday, May 21, 2010
Gotong Royong Perdana Padang Bola BSP
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra
AYAT UNTUK MEMAGAR DIRI KELUARGA DAN HARTA BENDA. ( SURAH YASIN AYAT 1-9 )

Terjemahan:
(1) Yaa Siin.
(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnyakamu salah seorang dari rasul-rasul,
(4) (yang berada) di atas jalan yanglurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagiMaha Penyayang,
(6)agar kamu memberi peringatan kepada kaum yangbapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu merekalalai.
(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
(8)Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tanganmereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
(9)DanKami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)
sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.
Baca surahAlfatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca,
sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi.(Ikut arah Tawaf Kaabah).
Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai
bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali.
Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding
keseluruhan bumbung rumah.
Thursday, May 20, 2010
Camelia -Bandar Saujana Putra
Magenta home-Bandar Saujana Putra


- Single storey Semi-Detached unit (32' x 70')
(3 bedrooms + 1 utility + 2 bathrooms) - Selling Price RM278,907.00* (min), RM466,767.00* (max)
- Total Units 178 units
- Gross Built-up
Type A
Type B
Type C
Type D
Type E:
:
:
:
:1,285 sq. ft. (gross)
1,504 sq. ft. (gross)
1,177 sq. ft. (gross)
1,003 sq. ft. (gross)
1,159 sq. ft. (gross)
* After 7% Bumiputra Discount
Incentive offered to purchaser
LBS Hassle-Free Home Ownership Programme**
- 5% Rebate
- Free SPA Legal fees
- Free Disbursement Fees for SPA
**Terms & Conditions Apply
Tuesday, May 18, 2010
KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.
Tanda-tanda gangguan makhlus halus..
Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :
Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).
Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:
a. Lekas marah atau panas baran
b. Irihati
c. Cemburu
d. Jahat sangka
e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
f. Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.
Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.
TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN
Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:
a. Api menyala dengan sendiri
b. Bunyi orang berjalan
c. Menangis
d. Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara sebab-sebabnya ialah:
Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
Putus pertunangan.
Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
Rebutan harta pusaka.
Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.
TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI:
Mimpi.
Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya.
Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.
GANGGUAN KETIKA TIDUR
1. Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.
2. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.
3. Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.
4. Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.
5. Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.
6. Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
7. Mimpi melihat binatang yang menakutkan.
8. Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.
9. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.
Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.
"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga, yaitu, peminum kamar (minuman keras), orang yang mempercayai sihir dan pemutus silatulrahim".
(Hadis : Riwayat Ahmad bin Ibnu Hibban)
“ Engkaulah ya Allah, yang Maha mengetahui tentang diri kami, Engkaulah ya Allah, yang dalam genggaman Mu seluruh peristiwa, Engkaulah ya Allah, yang dalam ke Maha luasan ilmu mu segala alam syahadah dan alam ghaib redhailah dan ilhamkanlah kami ilmu bermanfaat dari perbendaharaanMu berilah kami kekuatan untuk sentiasa mengamalkannya dalam berdzikir, bersyukur dan menyempurnakan pengabdian kami kepadaMu bismillah…….dengan asmaMu, izinkanlah kami….”
Pembinaan Padang Bola BSP.
Wednesday, May 12, 2010
Semak di Rizab Padang bola telah dibersihkan....
Monday, May 10, 2010
Malam Hari Ibu Diamond 8 Mei 10

http://www.flickr.com/photos/jainetz/4594983172/sizes/o/in/set-72157623906487873/
Friday, May 7, 2010
Hari Ibu Diamond BSP
Tempat : Wakaf Tasik Diamond
Masa : 8.00 Malam ( selepas Maghrib )
Tarikh : 8hb Mei 2010 ( Sabtu)
Menu : Puyuh goreng , Ayam BBQ, Bihun, Sup, tembikai.
Aktiviti : Pertukaran Hadiah dan cabutan bertuah.
Bayaran Setiap Keluarga : RM 20.00
Wajib membawa hadiah apa-apa sahaja, untuk pertukaran antara keluarga.
Bayaran perlu dibuat sebelum atau pada 11.00 pagi sabtu kepada En. Hasrulnizam
beralamat di no.5 Jalan SP4/7.
oleh : Hasrulnizam.
Wednesday, May 5, 2010
1st round W.C Schedule..dan aktiviti bulan Gila Bola..

Monday, May 3, 2010
Thursday, April 29, 2010
Renungan : Riak
Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata: "Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu."
Ada insan yang ketika beribadah secara bersendirian kualiti amalannya tidak sehebat ketika orang lain memandangnya. Contoh seseorang yang solat bersendirian maka solatnya tidak sepanjang atau bacaan dalam solat tidak dilagukan atau dinyaringkan. Apabila di depan orang ramai, solat menjadi panjang dan suaranya dikuatkan supaya orang lain mendengar bacaan yang berlagu. Tasbihnya pula dibiarkan di tangan sambil mulut terkumat-kamit agar dilihat orang. Begitu juga boleh dianggap riak jika seseorang memakai pakaian seperti ulama iaitu berjubah dan serban besar bertujuan menampakkan dirinya sebagai alim dan kuat beribadah.
Ada juga individu sengaja menghitamkan dahi dengan menggosoknya menggunakan objek keras supaya kelihatan seperti yang kuat mengerjakan solat dan lama bersujud.. Kerisauan Baginda SAW terhadap sifat riak disebabkan penyakit hati ini mudah menyerang setiap insan kerana jiwa manusia memiliki kecenderungan suka menerima puji dan kedudukan tinggi di hadapan orang lain. Al-Muhasibi menjelaskan penyebab riak: "Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada perkara dimiliki orang lain." Riak juga berbahaya kerana meresap dalam amalan umat Islam dalam keadaan samar. Mereka yang dihinggapi penyakit riak tidak menyedari ibadah sudah tercemar kerana hilang keikhlasan. Riak dianggap Rasulullah SAW sebagai amalan syirik kecil kerana bagi seseorang yang sudah dihinggapi sifat ini ibadahnya tidak lagi ikhlas untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu. Justeru, riak bukan sekadar boleh menyebabkan seorang terjebak dalam dosa, ia sebenarnya boleh menyebabkan amalan tidak diterima Allah.
Imam Ibnu Taymiyyah berkata: "Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil." Apabila suatu amalan dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, ia akan diterima oleh-Nya. Sebaliknya, apabila amalan diniatkan untuk mendapat perhatian, pujian atau meraih keuntungan duniawi, maka ia tidak diterima Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Allah berfirman bermaksud: "Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus." (Surah Al-Bayyinah, ayat 5) Imam Ibnu al-Qayyim ketika menafsirkan ayat itu menyatakan: "Seperti Allah adalah satu dan tiada Tuhan selain-Nya begitu pula hendaklah amal ibadah itu layak dipersembahkan hanya untuk-Nya dan tiada sekutu. Demikian juga halnya jika hanya Dia sebagai sembahan, maka wajiblah mengesakannya dalam perhambaan kerana amal yang salih adalah amal yang bersih daripada riak dan terikat dengan sunah." Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).
Allah berfirman bermaksud: "Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan jangan mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa pun." (Surah al-Kahfi, ayat 110) Menyedari besarnya musibah dibawa sifat riak, Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad) Dosa syirik yang tidak diketahui merujuk riak kerana ia dianggap syirik tersembunyi. Pelakunya menampakkan ibadah itu dikerjakan kerana Allah, sedangkan niat tersembunyinya untuk mendapat perhatian dan pujian manusia. Perasaan riak dapat disingkirkan dalam jiwa setiap insan jika dia benar-benar memahami keagungan sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat serta Maha Mengetahui apa yang nampak ataupun tersembunyi.
Firman Allah bermaksud: "Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29) Apabila seseorang mengetahui tiada apa yang terdetik di hatinya tersembunyi daripada Allah, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan ibadahnya hanya kepada Allah. Pada akhirat nanti, bagi mereka yang riak akan menerima pembalasan dengan dibongkarkan niatnya yang buruk itu di depan seluruh makhluk seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu (di depan makhluk)." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Al-Khathabi berkata: "Makna hadis ini, orang yang melakukan amalan tanpa niat ikhlas, namun hanya mahu dilihat dan didengar manusia, maka pada hari kiamat dia akan dibalas atas hal itu iaitu dengan cara memperkenalkannya, membongkarkan kejelekannya dan menampakkan apa yang dia sembunyikan (di sebalik amalannya)."
Oleh itu, mari kita berlumba untuk mengerjakan amal salih secara tulus ikhlas kerana Allah dan jika perasaan riak timbul perlu kita segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Jika seseorang pada asalnya berniat mengerjakan ibadah ikhlas kepada Allah, namun kemudian perasaan riak itu datang secara tiba-tiba dan dia berusaha menghilangkannya, keadaan itu tidak menyebabkan amalannya ditolak Allah.
Monday, April 26, 2010
Sesi test power bowling Diamond...
di ioi Mall puchong masanya belum di tetapkan bagi mereka yang berminat boleh hubungi AJK bowling seperti berikut :
En.Zahedi 4/6
En.Mokhtar 4/5
En.Faizal Jai 4/4
En. Hafiz 4/6
Sunday, April 25, 2010
Kerusi plastik...
Saturday, April 24, 2010
Ahli Jawatan Kuasa Kejiranan Penduduk Diamond 2010
Pengerusi : En. Mokhtar Jln 4/5
Timbalan Pengerusi : Cikgu Sham Jln 4/4
Setiausaha 1 : En. Hafiz 4/6
Setiusaha 2 : En. Nizam 4/7
Bendahari 1 : En. Zam Zam 4/6
Bendahari 2 : En. Nazri 4/5
AJK : En Zamri ( petronas )4/6
En. Ahmad Faizal 4/4
En. Faizal Jai 4/4
En. Isnizam ( Iz ) 4/4
En. Zahedy 4/6
En. Hisyam ( Syam Bomba ) 4/4
Mejar Mahadhir 4/6
En. Anuar 4/6
En. Yusof ( Ju ) 4/7
En. Bob 4/5
Wednesday, April 21, 2010
Mesyuarat Penduduk Diamond ke-4
Tempat : Wakaf Tasik Diamond
Tarikh : 23 April 2010
Masa : 9.45mlm
Agenda : 1) Permasalahan penduduk.
2) Permasalahan Perkhidmatan Sekuriti ( Di atas permintaan penduduk ).
3) Perancangan Aktiviti
Thursday, April 15, 2010
Kanak-kanak hilang di BSP?
Walau bagaimanapun kita tidak sepatutnya membiarkan anak-anak kita bermain bersendirian tanpa ditemani oleh orang dewasa. Sebelum ini sudah ada beberapa kes kehilangan di Taman Mas dan Puchong Perdana pada bulan lepas tidak mustahil kejadian sebegini boleh berlaku lagi jarak antara taman-taman tersebut dengan kawasan kita tidaklah begitu jauh. Diharap ibubapa prihatin dengan pergerakan anak-anak masing-masing .Dengan cara menjaga tepi kain orang adalah amalan yang diterapkan dalam agama tetapi atas dasar kebajikan, keselamatan dan juga untuk mengelak kejadian yang tak dingini tetepi bukan dengan cara mengaibkan jiran tetangga itu adalah amalan yang salah.Allahualam.
Oleh : Awang Prihatin BSP
Tuesday, April 13, 2010
Sunday, April 11, 2010
Pagar lorong belakang
Terima kasih kepada penduduk-penduduk Diamond yang memberi kerjasama bagi menjayakan pemasangan pagar ini.
Terima kasih juga kepada jawatankuasa pembinaan pagar yang bertungkus lumus bagi memastikan kewujudan pagar keselamatan di kejiranan Diamond.
Terima Kasih Semua...
Wednesday, April 7, 2010
Monday, April 5, 2010
Kediaman Diamond Sudah mempunyai CF Penuh.

Sijil Layak Menduduki dikeluarkan mengikut lorong yang berkenaan seperti gambar tertera dia atas. CFO ini diberikan secara salinan dan boleh didapati di Ibupejabat LBS di Petaling Jaya. 







