BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Wednesday, February 9, 2011

Orang Islam Gembira Menyambut Hari Orang Alim Kristian


Oleh ramziredang

"Belumpun tiba 14 februari, sudah ramai dari kalangan umat yang mengaku islam sedang mempersiap sedia untuk menyambut hari kebesaran pendita kristian yang bernama St Valentine. Si ayah senyap senyap mencari hadiah untuk membuat kejutan kepada si ibu. Si anak sedang mencongak di tempat hiburan mana akan diadakan parti. Siaran tv yang pemimpin utama negaranya mengaku Islam sedang giat melakukan kempen. Dan seperti biasa, ulama ulama jahat masih lagi berdiam diri dan redha dengan kemusnahan umat.

Dalam kepercayaan kristian katolik, Valentine adalah seorang pendita suci,orang alim yang telah mati syahid mengikut kepercayaan agama mereka. Lalu ianya diberi gelaran Saint Valentine(santo atau santa). Kisahnya bermula pada tahun 270M ketika raja rome yang bernama Cladius melarang para askar perang dari berkahwin. Cladius percaya dengan melarang pemuda dari berkahwin akan menjadikan mereka kuat tenaga untuk berperang dan agresif.

Namun begitu dasar ini ditentang oleh dua orang pendeta yang bernama valentine dan marius. Mereka berdua secara senyap senyap menggalakkan pemuda perang berkahwin. Gerakan secara senyap ini merebak dan mendapat sambutan hebat sehingga akhirnya diketahui oleh raja cladius. Cladius memerintahkan valentine dan marius ditangkap lalu dipenjarakan sebelum dihukum mati.

Ketika di dalam penjara ada seorang gadis anak kepada warden penjara yang selalu menziarahi valentine. Kunjungan setiap hari gadis tersebut membuahkan rasa cinta yang mendalam. Hingga pada saat dihukum mati, valentine mengirimkan sepucuk surat dan sekuntum bunga kepada gadis tersebut.

Selepas kematian valentine para penganut katolik sepakat untuk menyambut hari kematiannya sebagai memperingati valentine yang sanggup mati dan masing akan menghadiahkan bunga kepada pasangan masing masing.

Alangkah malangnya, ramai umat Islam diseluruh dunia menyambut hari kebesaran kematian pendeta kristian. Perhatikanlah di negara kita Malaysia tercinta ini. Bahkan dikalangan pemimpin utama negara tanpa segan silu menyambutnya.

Seperti biasa juga, orang yang menggalas tanggungjawab utama untuk memelihara iman umat Islam, iaitu ulama, masih berdiam diri kerana sibuk membuncitkan perutnya. Mereka hanya sekadar berkata "haram menyambutnya" tetapi langkah langkah yang agresif, tegas dan proaktif tidak pernah keluar dari inisiatif mereka sendiri.

Cuba kita selidik, berapa kalikah orang yang menggelarkan diri mereka ulama contohnya seperti harussani, atau uthman muhammady atau mat nor deris atau sesiapa saja yang mengaku berjawatan agama, turun padang mencegah perkara ini dari berlanjutan menjerumuskan umat islam kelemahan kekafiran.

Tidakkan dihati mereka ini merasa sedih melihat saban hari umat yang mengaku Islam, secara tidak disedari telahpun menganut kristian secara tidak rasmi? Apakah perkara perkara seperti ini masih dapat memberi satu ruang kepada ulama dapat tidur lena? Jika mereka masih dapat makan minum, tidur lena dan bersenang lenang dengan anak isteri mereka, sedangkan umat dibiarkan menuju jurang kemusnahan, lalu di manakah sifat amanah mereka sebagai pelaksana pewaris nabi?

Kenapa mereka masih suka membiarkan umat ini berada di dalam kejahilan? Apakah tugas ulama hanya sebagai pembaca doa di majlis rasmi? Atau sebagai ahli panel di forum forum? Atau pemerhati di dalam dewan? Atau tugas mereka hanya berkata, "tidak baik memutuskan silaturrahim sesama umat islam", atau "islam sentiasa bersangka baik terhadap saudaranya"?, kata kata yang jelas dapat menyelamatkan gaji mereka dan memelihara mereka untuk menjadi penjilat pemerintah.

Ingatlah wahai para ulama sekelian, ciri ciri seorang ulama adalah memiliki rasa takut, taqwa dan tunduk gerun kepada Allah s.w.t. Ulama adalah seseorang yang mempunya pengetahuan ayat ayat Allah s.w.t baik yang bersifat kauniyyah (gejala alam semesta dan alam sekeliling) ataupun qur'aniyyah (bersangkutan dengan al quran).

Wahai para ulama, ingatlah peristiwa tatkala malaikat jibrail menjemput junjungan Rasulullah s.a.w untuk kembali kepada kekasihnya Allah s.w.t, pada saat saat nafas baginda hampir habis baginda menyebut, " Umatku, umatku, umatku".

Umatku, umatku, umatku, tidakkah perkataan ini memberi apa apa bekas dihati kamu wahai para ulama sekalian? Tidak terdetikkah rasa sedih dan hiba dihati kamu melihat keadaan umat sekarang? Tidakkah timbul rasa penyesalan yang mendalam dihati kamu, bahawa amanah yang diberikan kepada kamu sebagai pewaris Nabi telah gagal kamu laksanakan? Tidakkah merasa gerun dihati kamu bahawa kamu bakal gagal menjawab soalan di padang mahsyar nanti? Ingatlah hari yang di mana segala harta benda, pangkat, gaji, jawatan dan kebanggaan bangsa tidak akan memberi guna lagi.

Hulurkanlah tangan kamu sekarang untuk menyelamat umat yang sedang berada digelinciran lurah yang dalam. Selamatkanlah mereka. Pimpinlah mereka. Kerana itu memang tugas kamu didatangkan ke dunia ini; memikul amanah Allah sebagai pewaris Nabi dengan penuh rasa kasihsayang.

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 44:

"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"
dari alrisalah

Monday, January 31, 2011

LRT TO START IN 2011 IF.............


by SJECHO


SJ Echo recently caught up with officials from Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), the concessionaire for the Kelana Jaya LRT lines which will cover the route from the KTM Komuter station right up to Putra Heights. Our objective was to get an update from SPNB on the progress of the plan to build the LRT lines into Subang Jaya-USJ-Putra Heights and to also to shed some light on their plans.
We posed many questions and below are extracts of the questions posed and the answers provided by the officials from SPNB who have also kindly shared with us some visuals of the route proposed and some features of the LRT line when completed.
QUESTION: Has SPNB submitted the proposed LRT project to the Selangor State Government? When was this submitted?
ANSWER. Discussions/submissions/dialogues/briefings have been continuous since the Public Display process started in September and ended in December 2009. Various technical submissions including the full project alignment with station locations have been submitted since early 2010. The Selangor Economic Action Council (MTES) chaired by Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim summoned us for many meetings since early 2010 with the latest in July 2010 to resolve the various issues raised by the residents.
QUESTION: When are you expected to start the project?
ANSWER: We can start the project by early 2011 if the state government, local authorities and other agencies like the DOE can give us the full approval for the alignment and station locations. This will of course be subject to all existing laws, regulations and conditions imposed.
QUESTION: Once you get the green light to begin, what is the expected time frame for completion?
ANSWER: From date of award we expect to complete both line extension projects in 36 months (based on optimistic approach by end 2013). The commercial operations can begin early 2014.
QUESTION: What's the status of the Kelana Jaya-KTM Subang Jaya route? How soon can you start and what’s the date of completion? Will this be operational once complete regardless of whether the other route KTM-Putra Heights is yet to be built?
ANSWER: Both lines are to start simultaneously. Of course, if the Kelana Jaya Extension Line faces bigger issues then we will launch the Ampang Extension LIne first.
QUESTION: What's being considered for the passageway between Saujana Regency Service Apartments-Empire Hotel? How will the proposed elevated tunnel passage reduce noise pollution and disturbance to the occupants/owners of both buildings?
ANSWER: The distance of the guideway at the closest point to the corner of the condo building is 6.3 meters (best practice as imposed by Department of Railways is 6 meters). As mentioned in many meetings an elevated tunnel-type noise barrier will be built. The noise level would meet residential requirements as imposed by DOE although this is a commercial zone.

QUESTION: Where are your proposed stations including your park and ride facilities?
ANSWER: Map is attached. There will be 5 park and ride facilities along selected stations where land is available.
QUESTION: What's the general plan for shuttle buses to reduce traffic flow at stations?
ANSWER: As we receive additional funds to procure more buses exceeding 2000 units by 2012 (currently 1100) the feeder bus services will be upgraded. However, it cannot function like a taxi especially during off-peak hours. Shuttle or feeder buses will play a major role as there can never be enough parking bays for commuters. Riders are also encouraged to walk, cycle and pool cars to stations.
QUESTION: SPNB had conducted many meet the people sessions eg RAs, interest groups, NGOs and elected representatives to explain the project. What's the general feedback?
ANSWER: The general feedback is very positive. However, as always they remain the silent majority while the smaller opposing groups become more prominent, fully utilizing the various media tools. The “not-in-my-backyard” universal syndrome is expected.
QUESTION: The route along Persiaran Jengka btw SS14-SS18-Kesas Wall. How are you planning to route your lines to minimise disturbance to residential houses along the route especially those at SS14/1-SS14/7G-SS14/8G? Is the plan to cut across the Kesas Highway from Persiaran Jengka or are you planning to go along the embankment of the Kesas Highway?
ANSWER: We base our alignment on the “least resistance “approach and try to minimize all negative impact pertaining to noise, vibrations, land and property acquisition etc. A technical presentation is required by our engineers to explain the details.
QUESTION: The project is expected to take 36 months. How can the public give you feedback or channel their complaints?
ANSWER: We have set up a team to handle all communication matters. Before the start of construction, pamphlets will be sent out to all affected residents and relevant stakeholders for contact and feedback purposes. Action will be taken to rectify all complaints and concerns.
QUESTION: Can you share with us your traffic management study and environmental impact assessment (if this exists) for the whole project?
ANSWER: All traffic management studies and EIA reports have been deposited with the local authorities. Residents should contact them directly. We cannot deal with individuals on regulatory matters and conditions imposed on us by the relevant agencies as this will create more chaos to the whole process.
QUESTION: There have been counter-suggestions on the routing of your lines in Putra Heights. What's the suggestion and is this viable?
ANSWER: SPNB is fully convinced of the chosen alignment as it is based on facts, data and logic. We have examined the alternative alignments suggested but the basis is not convincing.
QUESTION: During the construction period, will you be working closely with the Subang Jaya Municipal Council and other local agencies to ensure all Federal and State guidelines are adhered to? Will there be a joint council to monitor and supervise the construction?
ANSWER: As a 100% Government owned company, we are fully accountable to all regulatory agencies, MPs, NGOs, RAs, ADUN, media etc. Monitoring will be done by the relevant agencies and others who feel responsible for their respective residential areas. We welcome all to take joint responsibility. We of course have our own in-house project teams.

The SPNB spokeperson said the route through the Saujana Residency is very well considered. It is not our objective to create problems, but the fact remains that some residents along the route may be affected as this major project has to run through heavily built-up areas. Unfortunately, we are not given the luxury of early route planning through green areas! The angle we come in provides excellent integration with the existing KTM station which will be further upgraded to interface with our project. What Subang residents will get to enjoy is an excellent transport hub (mini KL Sentral) to cater for the next 100 years. If the multi-billion funding for this line is redeployed to other areas which are pleading for a LRT connection (eg Cheras and Sri Kembangan) due to the opposition from a few residents, then Subang folks have to face tremendous congestion (mini Bangkok/Jakarta)a long every road that exisits since you cannot stop further high density development on limited private land in the Subang Jaya/PJ/Shah Alam vicinity.

Apa Yang Dirasa - Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur.


apa yang dirasa

Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal "air mata" ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu' walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi.

Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya. Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan. Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan.

Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah) di antara mereka." ( Al-Hijr: 39-40 )

Sumber : iluvislam

Thursday, January 27, 2011

Canal City


Gambaran Canal City .rekaan semata-mata.......klik gambar untuk paparan besar..

Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 20 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

Kalau anda naik tren ERL, mesti ada kaitan dengan syarikat YTL. CEO YTL adalah Tan Sri Francis Yeoh (CEO of the Year 2005). Kemudian yang terbaru, YTL sanggup melabur sekitar RM500 juta semata-semata menjayakan meluaskan lagi projek YES 4G. Kalau pergi ke kawasan Sentul pun banyak pembinaan bangunan di bawah YTL. Dan..jangan dilupakan IPP yang dikendalikan oleh YTL. Bukan setakat ipp provider sahaja tetapi juga chain hotels nationwideseperti Tanjong Jara Resort, Vistana, Majestic, JW Marriott dan Ritz-Carlton dan beberapa hotel di luar negara seperti di Paris dan Japan (kira close rival kepada Berjaya Hotels milik seorang lagi billionaire Tan Sri Vincent Tan) dan banyak lagi rangkaian perniagaannya.

Kami tak pasti nak istilahkan rumah Tan Sri Francis Yeoh ini bagaimana. Sebelum ini, kami pernah berkongsi rumah Tan Sri Francis Yeoh yang lain di sini. Billionaire seperti Tan Sri Francis Yeoh ini kami tak rasakan yang beliau akan tinggal lama di rumah tersebut. Kalau singgah pun sekejap sahaja. Itu pun kalau mereka keluar akan menghabiskan masa di hotel, makan, berhibur semuanya di luar walaupun rumah sudah setaraf hotel. Rumah Tan Sri Francis Yeoh ini akhirnya nanti mungkin sekadar pameran, orang gaji tukang lap sahaja di rumahnya. Itu yang timbulnya ungkapan seperti ini :

“Billionaire can buy a house but not a home.”

Lagi gambar rumah Tan Sri Francis Yeoh (YTL Group) :

rumah francis yeoh ytl 18 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 17 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 15 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 1 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 2 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 31 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 41 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 61 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 7 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 8 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 9 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 10 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 11 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 13 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 151 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

Sunday, January 23, 2011

BSP : Development



Klik gambar untuk paparan besar

Canal City Land To Kick Off End 2011

hursday, October 7, 2010

IJM Land Berhad : Canal City Land To Kick Off End 2011 -

♦ A large Canal City township coming in end 2011. Canal City land is
staged to become a major township development for IJMLD in the coming
years. The company has recently signed a termination agreement with the
state government for the construction of canal. However, the JV company
(with Keuro) will have to incur some cost for the land, relocation of
squatters, acquisition of replacement oil palm land for squatters etc. We
estimate that the effective land cost would be around RM4-6 psf, which is
rather attractive, as it is getting very difficult to secure a large parcel of
land in Klang Valley. At a preliminary estimate, the leasehold development
will worth a GDV of RM4bn, but we believe there is upside potential given
IJMLD’s track record on stepping-up pricing in its property launches.


IJM Land Berhad : Canal City Land To Kick Off End 2011 - 07/10/2010

Thursday, December 30, 2010

Mahsa College..

Pelajar Luar Negara Sumbang RM30 Ribu Seorang Kepada Pendapatan Negara

PETALING JAYA: Kira-kira 86,000 pelajar asing yang melanjutkan pengajian di Malaysia menyumbang RM2.5 bilion kepada pendapatan negara, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, setiap pelajar itu membelanjakan kira-kira RM30,000 setahun menerusi pembayaran yuran, visa dan perbelanjaan kos kehidupan harian mereka.

"Penglibatan pelajar asing ini bukan sahaja membuktikan tahap pengajian tinggi yang semakin berkualiti di Malaysia, malah dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej University Mahsa di Jalan Universiti di sini, hari ini.

Beliau berkata perkembangan itu selaras dengan matlamat kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui sektor pendidikan yang mensasarkan pertambahan bilangan pelajar luar negara sebagai satu cara untuk meningkatkan pendapatan kasar negara.

Katanya, penyediaan kurikulum dan pengajaran yang dinamik dan releven dengan tuntutan semasa dapat meningkatkan lagi kemasukan pelajar luar negara ke pusat pengajian tinggi.

"Penyediaan pesekitaran pembelajaran yang kondusif, dari segi pembelajaran yang berkualiti mahupun penyediaan fasiliti yang baik, dapat menarik lebih ramai penyertaan pelajar luar negara," katanya.

Terdahulu, Mohd Khaled menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Kolej Universiti Mahsa dan Affin Bank mengenai pembiayaan projek pembinaan kampus induk di Saujana Putra, Selangor.

Projek bernilai kira-kira RM320 juta itu akan mula dibina Januari tahun depan dan dijangka siap dalam tiga tahun.

Kolej Universiti itu mempunyai kira-kira 8,000 orang pelajar dan 500 daripadanya merupakan pelajar asing.




Tuesday, December 7, 2010

Perjumpaan Penduduk Diamond


















AJK-AJK Diamond


Alhamdulillah,
Satu Perjumpaan Penduduk telah diadakan malam tadi dan hasil perbincangan adalah seperti berikut,

1.Kawalan Keselamatan

Persetujuan sebulat suara untuk mewujudkan kawalan keselamatan
Kejiranan Diamond

- Dua pengawal Keselamatan bertugas
- Mempunyai vest ( uniform keselamatan khas Diamond )
- Masa: 8 pagi hingga 7 petang
- Bayaran Rm 25.00/ rumah

2.Gotong Royong Bersama Pangsapuri Sri Saujana & Kejiranan Diamond.

Tarikh : 25hb Disember 2010
Masa : 8 Pagi

- Pembinaan Bonggol pada Jalan utama antara Pangsapuri dan Kejiranan Diamond.
- Kerja-kerja Pembersihan semak samun di sekitar kawasan.

3. Pemilihan AJK baru Kejiranan Diamond

- Sebulat Suara Setuju dikekalkan AJK yang sediada.





Monday, December 6, 2010

Majlis Bekhatan Beramai-ramai Anjuran KRT zon A BSP








Salam Maal Hijrah 1432




Umat Islam digalak perbaiki akhlak, contohi perjuangan Rasulullah setiap 1 Muharam

UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.

Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud:

“Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Hijrah mempunyai nilai yang tinggi untuk diletakkan harganya, bukan kerana disambut setiap tahun oleh masyarakat Islam di negara ini melalui pelbagai atur cara, lebih dari itu ialah nilai penghayatan yang tersirat dan dipancarkan melalui pengertian penghijrahan itu sendiri.

Nilai penghijrahan yang mesti dihayati itu mempunyai nilai darjatnya yang tinggi di sisi Allah. Penghijrahan mesti dilakukan kerana Allah seperti mana yang diakui Nabi Allah Ibrahim, yang sedia patuh dan tunduk kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku akan berpindah ke tempat yang diperintahkan oleh Tuhan.” – (Surah al-Ankabut, ayat 26)

Penghijrahan Rasulullah SAW hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif membabitkan perancangan strategik dengan melihat ruang dan peluang di tempat baru. Hijrah dilakukan semestinya kerana Allah, demi mendapatkan keredaan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka orang yang berhijrah, yang diiusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah, pada sisinya pahala yang baik.” – (Surah Ali-Imran, ayat 195)

Sebenarnya, urutan peristiwa Penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Yathrib ini bermula apabila pemuka-pemuka Quraisy yang diketuai Abu Jahal berasa tercabar dengan penyebaran Islam di Kota Makkah dalam tempoh 13 tahun itu. Sepanjang tempoh tersebut mereka telah melakukan pelbagai bentuk seksaan dan kezaliman terhadap Muslimin untuk menanggalkan Islam dalam tubuh mereka. Anak isteri dipisahkan, harta benda dirampas, nyawa diragut, dipukul dan diseksa dengan seksaan yang begitu dahsyat dan mengerikan, namun tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu tidak berjaya juga menghalang kebangkitan Islam yang semakin luas penyebarannya dari sehari ke sehari.

Pemuka Quraisy yang mewakili kabilah masing-masing telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 26 Safar tahun ke 14 kenabian bertempat di Darul Nadwah bagi membincangkan langkah yang akan diambil untuk memusnahkan Islam. Di dalam persidangan itu iblis turut menghadirinya dengan menyamar sebagai Syeikh An-Najd (seorang tua dari Najd) yang turut memberi cadangan dan usul yang jahat. Persidangan itu akhirnya berakhir dengan menerima cadangan dari Abu Al-Aswad agar Rasulullah SAW dibuang negeri dan kemudian menerima pula cadangan dari Abu Al-Buktari yang mencadangkan agar Rasulullah SAW dipenjarakan.

Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril mengenai pakatan jahat itu dan memerintahkan agar Rasulullah saw berhijrah ke Yathrib. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan ingatlah wahai Muhammad, ketika orang bukan Islam Makkah menjalankan tipu daya ke atasmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka, kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya” – (Surah Al-Anfal, ayat 30).

Rasulullah SAW telah memberitahu sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq mengenai makluman dan perintah dari Allah SWT itu dan membuat persiapan dan perancangan untuk berhijrah dari tanah kelahirannya itu.

Ringkasnya, Rasulullah SAW telah memerintahkan Saidina Ali bin Abi Talib, agar berbaring menggantikannya di tempat pembaringan dan menyampaikan beberapa pesanan dan amanah kepada Ali. Helah yang dilakukan oleh Baginda ini berjaya memperdayakan pengintip Quraisy yang telah mengintai tempat pembaringan Rasulullah SAW dan melihat sekujur tubuh sedang tidur yang disangkakan Rasulullah SAW itu. Rasulullah SAW telah berjaya melarikan diri dari kepungan Quraisy tanpa disedari oleh mereka walaupun seorang pun.

Rasulullah SAW bersama Abu Bakar bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur dan bermalam di dalamnya selama tiga malam. Dalam tempoh itu, Asma dan Aisyah membawa bekalan makanan manakala Abdullah bin Abu Bakar pula menjadi perisik bagi mendengar sebarang berita atau perancangan dari pembesar Musyrikin dan Amir bin Fuhaira’ pula mengembala kambing di sepanjang laluan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan Abu Bakar bagi menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka berdua itu. Sewaktu Rasulullah SAW dan Abu Bakar berada di Gua Thur ini telah berlaku beberapa mukjizat iaitu wujudnya sarang labah-labah di depan gua dan sebagainya sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak musuh.

Pihak Quraisy yang kecewa akibat tidak berjaya menangkap mereka berdua telah mengumumkan beberapa tawaran istimewa berupa ganjaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya memberkas dua orang pelarian yang amat dikehendaki itu. Tawaran ini telah berjaya menarik minat Suraqah bin Malik yang berjaya mengesan jejak mereka berdua dan mengejarnya dari belakang. Namun impiannya untuk mendapatkan 100 ekor unta itu berkecai akibat beliau dan kudanya tersungkur rebah ke tanah.

Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddiq meneruskan perjalanan mereka berdua melalui beberapa perkampungan di antaranya Tihama dan melintasi padang pasir yang luas dalam keadaan panas terik yang membakar padang pasir Sahara. Perjalanan yang penuh dengan kesusahan dan keperitan dengan melintasi padang pasir, batu kapur, lembah curam, binatang berbisa, kedinginan malam hari dan pelbagai tribulasi yang menguji Rasulullah dan rombongan penganut Islam. Segala bentuk kepayahan itu berjaya diharungi dengan hanya berbekalkan keimanan, ketabahan, kesabaran, kepatuhan yang tinggi kepada Allah SWT.

Akhirnya Rasulullah SAW bersama Abu Bakar tiba di Quba’ pada Isnin 8 Rabiulawal tahun ke-14 Kenabiaan, sebahagian ulama mengatakan hari itu bertepatan dengan 12 Rabiulawal. Baginda menetap di situ selama empat hari dan mendirikan Masjid Quba’.

Maka pada 24 September 622M bergemalah alunan merdu Thola’al Badrul Alaina yang dialunkan sebagai meraikan selamat datang rombongan Rasulullah SAW dengan penuh gembira. Tanpa disangka dan tanpa diduga, golongan Ansar yang dahulunya berperang sesama mereka tetapi akhirnya menerima agama yang menyatukan hati-hati mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din” – (Hadis riwayat Bukhari).

Kehadiran Islam menyatukan hati yang bersengketa bagi membentuk wahdatul qalb. Islam agama sejahtera ini telah menyatukan puak Ansar yang lama bersengketa itu. Suatu rahmat yang tiada bandingannya. Rahmat keamanan yang menenggelamkan persengketaan.

Renunglah kembali pengertian penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah yang memberi nafas baru kepada suatu perubahan yang besar dalam sejarah kebangkitan ummah. Penghijrahan beberapa orang sahabat ke Habsyah misalnya adalah sekadar penghijrahan biasa saja. bagi melarikan diri dari kezaliman, cemuhan dan seksaan Musyrikin Makkah dan penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib adalah penghijrahan yang dilakukan atas arahan dan perintah Allah bagi meneruskan perjuangan untuk menegak, mengukuh dan mempertahankan Islam. Firman Allah yang bermaksud:

“Maka barang siapa yang mengikut petunjuk ku, maka tiadalah dia akan tersesat dan tiada pula akan sengsara” – (surah Al-Baqarah, ayat 38)

Kalangan ulama bersepakat meletakkan peristiwa hijrah sebagai ‘zaman baru’ yang memberi ‘nafas baru’ kepada misi penyebaran Islam. Selain daripada tahun hijrah diguna pakai sebagai penanda takwim baru umat Islam, hijrah juga menandakan bermulanya method kehidupan baru melalui pembinaan semula sahsiah dan keperibadian Muslim seperti yang dibentuk dan diperkasakan agama. Perpindahan daripada amalan yang memaparkan kejahilan setelah hilang panduan hidup kepada amalan yang berasaskan disiplin agama yang berpandukan al-Quran.

Menghayati penghijrahan Rasulullah SAW bermakna menghayati falsafah kecekapan dan kepintaran strategi, kesabaran dan kecekalan, keyakinan dan ketegasan, kesungguhan dan bermatlamat. Ia membabitkan semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada belia yang diwakili oleh Saidina Ali, golongan dewasa yang diwakili oleh Abu Bakar As Siddiq, golongan korporat yang diwakili oleh Abdul Rahman Auf, golongan wanita yang diwakili oleh Asma’ Abu Bakar. Pembabitan kalangan bukan Islam sebagai penunjuk jalan yang diwakili oleh Abdullah Uraiqit juga membantu dalam menjayakan misi penghijrahan ini.

Hari ini dan ketika ini, cerita penghijrahan Rasulullah SAW hanya sekadar catatan yang diabadikan dalam buku sejarah. Seperti cerita sejarah yang lain, cabaran penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah menjadi rakaman sejarah sekadar untuk dibaca sebagai bekalan bagi menjawab soalan peperiksaan. Lebih malang lagi amalan membaca berasaskan orientasi itu akan lupus selepas zaman persekolahan berakhir. Maka jadilah sejarah penghijrahan yang memberi implikasi yang besar maknanya kepada penyebaran Islam itu dilupakan secara berperingkat, jauh sekali untuk dihayati. Sedangkan inti pati dan mesej penghijrahan itu sangat besar dan amat mendalam pengertiannya di sisi agama. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Kehadiran tahun Hijrah 1430 yang bakal hadir nanti diharapkan dapat mengubah persepsi Muslim berkaitan isu itu melalui iltizam yang penuh untuk diterjemahkan ke dalam bentuk pelaksanaan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

- Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)