BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Monday, May 31, 2010

Hadith akhir zaman -Masa Akan Menjadi Singkat

Masa Akan Menjadi Singkat

Ertinya:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

(H.R.Termizi )

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

Tahniah anda terpilih...

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus
duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas
untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri
sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2
yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak
tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah
berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat
bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak... sukar untuk
bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari
dadaku...... terus berjalan.....kekerongkongku.... sakittttttttt........
sakit......rasanya. Keluar airmata ku menahan rasa sakitnya,....

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih
sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari
tubuhku...kkhh.......khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya,
amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...

Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... mataku
terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2
sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa
oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari
pandangan. Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan,
sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2
ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke
arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat
di atas sofa yang kududuki tadi.
Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????... Mengapa anak2 &
isteriku memeluknya sambil menangis... mereka menjerit... histeria ...
terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur
tadi...Siapa dia...?? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.
Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini
Tuhan...???????? Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku
cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan
kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak..... tapi
mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan
mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang
misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku
telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis....
bErteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat
sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan
mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis...... masaku telah terlewat.... aku sudah
dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian
bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu
bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll. Aku menyesal aku
terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan,

Petikan dari blog norzairi hashim

Majlis Gotong Royong Perdana _padang bola


klik untuk paparan besar.

Sunday, May 30, 2010

badminton-apa-apa aje..

fokus jai...fokus..

















cuba teka mana shuttle

Padang Bola dalam proses pembikinan...

aktiviti hujung minggu



















Pemasangan bumbung pada wakaf Diamond...

Sponser material bumbung ~ Jai..
Tukang pasang ~ Zamzam & Nizam
Tukang menyibuk ~hafiz
Tukang Tangkap Gambar ~ Jai
Sponser air & Jeruk Buah ~ Nizam
Tukang amik bola yang jatuh dalam tasik ~ Khosin......

Friday, May 28, 2010

kemalangan Lori di lebuhraya elite april lalu..







Kemalangan ini berlaku pada bulan april lalu, penulis baru memperolehi
gambar-gambar kemalangan ini semalam...Kemalangan ini berlaku di lebuhraya ELITE
berhampiran flyover Putra Height........hanya untuk berkongsi..

Permohonan Bonggol



klikgambar untuk paparan besar

Di kawasan BSP ini telah wujud geng-geng mat rempit ....yang menggunakan
jalan-jalan perumahan ini sebagai trek lumba mereka.
Ada juga kes yang melibatkan seorang penungang motosikal yang berumur belasan tahun yang menunggang
motor secara melulu dan merbahaya.Terdapat 6 aduan telah di terima mengenai pemuda tersebut hanya di kawasan Diamond sahaja.
Bagi mencegah kemalangan yang mungkin terjadi pihak Diamond akan memohon kali kedua pihak majlis untuk membina bonggol berdasarkan gambarajah diatas.

Jaga Aib

Semalam, sempat saya mendengar kuliah manghrib. Berkenaan ‘Jaga Aib’. Saya rasa ingin dikongsikan kepada anda.

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.

Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”

“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni”ataupun "Eh..buruknya rumah kamu tak ada duit ke nak baiki ke" Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.

Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.

Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:

  • Cerita keburukan orang
  • Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya

Contoh lagi..

Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.

Bagaimana mendedahkan aib sendiri?

Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”

Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.

Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.

Satu lagi untuk saya sampaikan. Jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram.

Ada juga diantara jiran-jiran yang selalu mengaibkan jiran yang lain memperkatakan kelemahan jiran yang lain berkumpul beramai-ramai hanya untuk mengumpat dan mendedahkan keaiban jiran.Fikirkanlah..


Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang. Tidak ada untungnya.

Ikhlas dari,

LanGajah

Wednesday, May 26, 2010

Tapak Padang Bola ( Gotong Royong )



klik gambar untuk paparan besar

Gambar dari abg2 paramotor

Masterplan BSP Aerial View



Klik gambar untuk paparan besar

Sebenarnya pihak LBS tidak membenarkan gambar ini diambil,
tetapi dapat juga penulis curi-curi ambil gambar ini..untuk tatapan penduduk.....

Latest MasterPlan BSP (LBS)



Klik pada gambar untuk tatapan besar

Penulis edit gambar asal ..resolution tak berapa tinggi jadi besarkan setakat ni jer yang boleh.....tak berapa jelas sangat tapi bolehlah..untuk tengok-tengok...

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Zon A Ditamatkan perkhidmatan.

Tuan/Puan,

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Kawasan Kejiranan BSP Zon A yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diberikan kepada mereka.

Diatas rungutan dan pandangan daripada penduduk kejiranan BSP Zon A yang telah melanggani perkhidmatan Kawalan keselamatan tersebut. Maka atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan persatuan terhadap perkara ini, dimaklumkan mulai bulan Mei 2010, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang dijalankan oleh Pihak Jerai Security Sdn Bhd dianggap telah ditamatkan memandangkan tiada lagi kawalan keselamatan dan rondaan yang dijalankan.

Pihak Persatuan Penduduk BSP (Zon A) menasihatkan kepada penduduk yang melanggani perkhidmatan ini, tidak lagi membuat apa-apa bayaran perkhidmatan kepada sesiapa sahaja wakil, pengawal yang membuat rondaan atau yang mewakili syarikat tersebut kerana pihak persatuan telah menganggap perkhidmatan kawalan ini telah ditamatkan dan pihak persatuan tidak mempunyai apa-apa urusan atau hubungan dengan pihak syarikat terbabit.

Sekian, dimaklumkan.


Petikan dari : http://www.bandar-saujana-putra.blogspot.com

Tuesday, May 25, 2010

Balai Polis akan ada pada bulan Julai nanti..






Alhamdulillah Balai Polis akan bertapak di BSP insyaAllah pada bulan Julai nanti
Statement ini adalah berdasarkan perbincangan diantara Dato' Daniel Lim ( LBS ) ,
ketua Polis Negeri Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan juga En. Shamsudin Salleh
( Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra ) Kawasan yang di wartakan untuk balai polis adalah di lot kedai
Zon A.Add ImagePihak LBS menyatakan akan menganggung kos pembinaan Balai Polis berkenaan.
Terima Kasih Kepada Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra dan persatuan-persatuan lain yang terlibat menjayakan perbincangan ini.

Sunday, May 23, 2010

Apa sebenarnya burj al-arab di dubai...


Pernah pergi ke Dubai, UAE? Haha..kalau pernah, dah melawat ke bangunan yang menjadi mercu tanda mereka, iaitu Burj Khalifa dan Burj Dubai? Kebanyakkan dari kita tentu terpesona dengan kecantikan struktur kedua-dua bangunan tersebut. Wow! Berjuta malah bilion (dan mungkin lebih) duit-duit disalurkan oleh negara minyak tu bagi menjadikan Dubai berkembang pesat dalam jangkamasa lebih kurang 10-15 tahun bermula 1990.

Ok, aku bukan nak bercerita apa yang ada di Dubai, yup..ramai yang mengetahui bahawa negara tersebut negara kaya dan kos sara hidup disana berkali ganda lagi mahal dari kos sara hidup di Kuala Lumpur, Malaysia ini. Maka, dengan kekayaan tersebut, lahirlah bangunan-bangunan pencakar langit seperti Burj Khalifa dan Burj Al-Arab dinegara tersebut.

Tetapi, apa yang menjadi kontroversi pada sesetengah pihak adalah pembangunan Burj Al-Arab. Kontroversi ini lebih panas, dan lebih sensetif.

Burj Al-Arab yang dibangunkan diatas pulau tambakan tanah yang dicipta oleh manusia ini rupanya merupakan bangunan yang seolah-olah memaparkan simbol salib (cross) yang terbesar di Dunia..MasyaAllah! Bertambah menyakitkah hati lagi apabila tanda Salib tersebut dihalakan selari dengan kedudukan Masjid Al-Aqsa..

Em, sekali pandang bangunan Burj Al-Arab seolah-olah tiada apa berlaku, cuba tengok dari sudut pandangan berbeza seperti yang ditunjukan didalam gambar dibawah:

Burj Al-Arab, lambang salib terbesar di dunia

Ok, nampak? Jelas bukan.. Okay,dibawah ini ada satu lagi gambar yang aku dapat dari sorang member malah dalam gambar tersebut ditujukkan peta Google Earth yang tanda salib tersebut terus menghala ke Masjid Al-Aqsa

Gambaran garisan selari Masjid Al-Aqsa dan Burj Al-Arab

Garisan yang terdapat dalam peta satelit Google Earth diperbesarkan ke Masjid Al-Aqsa dan Burj Al-Arab

omar.my/wp-content/uploads/2010/02/bal4.jpg" title="Garisan Selari Masjid Al-Aqsa" rel="lightbox[172]">Garisan Selari Masjid Al-Aqsa

Garisan selari Burj Al-Arab

Jadi, tujuan aku menulis ni, bukanlah mahu mengajak korang semua supaya tak pergi ke Dubai untuk lihat Burj Al-Arab, tapi ingin membuka mata korang semua supaya tidak terlalu taksub dengan design dan rekabentuk sesetengah bangunan tanpa menyedari apa unsur atau idealogi yang wujud dalam pembangunan menara atau mercu tanda tersebut.

Inikah yang dikatakan dunia akhir zaman?

Thanks to Ariff kerana share info ni dengan aku dan sanggup forward gambar-gambar ini kedalam e-mel aku. Btw, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa setakat ni tidak mempunyai apa-apa kontroversi. Harap korang dapat bezakan Burj Dubai (sekarnag Burj Khalifa) dengan Burj Al-Arab

Itu sahaja tentang Burj Al-Arab.

Friday, May 21, 2010

Gotong Royong Perdana Padang Bola BSP












Satu gotong Royong Perdana Padang Bola BSP akan diadakan butiran seperti berikut:-

Tempat : Padang Bola BSP ( sebelah lavender )
Tarikh : 6 hb Jun 2010 ( Ahad )
Masa : 8.30 pagi

Jom gotong royong....

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra

Mesyuarat Agung ( AGM ) Bandar Saujana Putra akan di adakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 27 Jun 2010
Tempat : Padang Bola BSP ( sebelah lavender )
Masa : 9.00 pagi

Diharap semua dapat hadir.

AYAT UNTUK MEMAGAR DIRI KELUARGA DAN HARTA BENDA. ( SURAH YASIN AYAT 1-9 )



Terjemahan:

(1) Yaa Siin.

(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnyakamu salah seorang dari rasul-rasul,

(4) (yang berada) di atas jalan yanglurus,

(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagiMaha Penyayang,

(6)agar kamu memberi peringatan kepada kaum yangbapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu merekalalai.

(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.

(8)Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tanganmereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.

(9)DanKami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

2.Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)

sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.

Baca surahAlfatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca,

sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi.(Ikut arah Tawaf Kaabah).

Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai

bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali.

Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding

keseluruhan bumbung rumah.

Thursday, May 20, 2010

Camelia -Bandar Saujana Putra

Camelia Cottage -

109 units Single Storey Terrace House 20’x70’

Pelancaran pada akhir bulan Jun

Harga dalam RM 135K- 180K
anggaran awal.

Magenta home-Bandar Saujana Putra


  • Single storey Semi-Detached unit (32' x 70')
    (3 bedrooms + 1 utility + 2 bathrooms)
  • Selling Price RM278,907.00* (min), RM466,767.00* (max)
  • Total Units 178 units
  • Gross Built-up
    Type A
    Type B

    Type C

    Type D

    Type E
    :
    :
    :
    :
    :
    1,285 sq. ft. (gross)
    1,504 sq. ft. (gross)
    1,177 sq. ft. (gross)
    1,003 sq. ft. (gross)
    1,159 sq. ft. (gross)

* After 7% Bumiputra Discount

Incentive offered to purchaser

LBS Hassle-Free Home Ownership Programme**

  • 5% Rebate
  • Free SPA Legal fees
  • Free Disbursement Fees for SPA

**Terms & Conditions Apply


Tuesday, May 18, 2010

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI




KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".


Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Petikan dari Shuhmy.multiply.com





Tanda-tanda gangguan makhlus halus..

TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :
Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).
Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:
a. Lekas marah atau panas baran
b. Irihati
c. Cemburu
d. Jahat sangka
e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
f. Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.
Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN
Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:
a. Api menyala dengan sendiri
b. Bunyi orang berjalan
c. Menangis
d. Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara sebab-sebabnya ialah:
Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
Putus pertunangan.
Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
Rebutan harta pusaka.
Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.

TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI:
Mimpi.
Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya.
Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

GANGGUAN KETIKA TIDUR
1. Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.
2. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.
3. Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.
4. Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.
5. Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.
6. Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
7. Mimpi melihat binatang yang menakutkan.
8. Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.
9. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.
Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.


"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga, yaitu, peminum kamar (minuman keras), orang yang mempercayai sihir dan pemutus silatulrahim".

(Hadis : Riwayat Ahmad bin Ibnu Hibban)
“ Engkaulah ya Allah, yang Maha mengetahui tentang diri kami, Engkaulah ya Allah, yang dalam genggaman Mu seluruh peristiwa, Engkaulah ya Allah, yang dalam ke Maha luasan ilmu mu segala alam syahadah dan alam ghaib redhailah dan ilhamkanlah kami ilmu bermanfaat dari perbendaharaanMu berilah kami kekuatan untuk sentiasa mengamalkannya dalam berdzikir, bersyukur dan menyempurnakan pengabdian kami kepadaMu bismillah…….dengan asmaMu, izinkanlah kami….”


Pembinaan Padang Bola BSP.


Padang Bola- Satu perjumpaan antara Persatuan Penduduk dan KRT Zon A
akan diadakan pada 21hb Mei 2010 di Surau An-Nur jalan 4/15 Lepas Isyak.
Perjumpaan ini akan membincangkan mengenai pembikinan padang bola
yang akan diusahakan tak lama lagi. Tuan-tuan dijemput hadir.

Wednesday, May 12, 2010

Semak di Rizab Padang bola telah dibersihkan....


click gambar untuk paparan besar
Alhamdulillah..Semak pada rizab padang bola telah dibersihkan terima kasih kepada
pihak bertanggung jawab yang memulakan langkah pertama bagi kewujudan padang bola.
Jika di izin Allah mungkin proses seterusnya proses meratakan tanah, tambakan tanah
dan seterusnya menanam rumput dan juga membuat tiang gol.........insyaAllah..
*sepatutnya pemaju yang buat nih......aper lagi mintak pemaju sponser skit ler....dan
guna sedikit peruntukan dari KRT.

Monday, May 10, 2010

Friday, May 7, 2010

Hari Ibu Diamond BSP

Sempena Hari Ibu , Kelab Wanita Diamond mengadakan malam ber BBQ bersama para ibu dan keluarga kejiranan Diamond butiran adalah seperti berikut :

Tempat : Wakaf Tasik Diamond
Masa : 8.00 Malam ( selepas Maghrib )
Tarikh : 8hb Mei 2010 ( Sabtu)
Menu : Puyuh goreng , Ayam BBQ, Bihun, Sup, tembikai.
Aktiviti : Pertukaran Hadiah dan cabutan bertuah.

Bayaran Setiap Keluarga : RM 20.00
Wajib membawa hadiah apa-apa sahaja, untuk pertukaran antara keluarga.

Bayaran perlu dibuat sebelum atau pada 11.00 pagi sabtu kepada En. Hasrulnizam
beralamat di no.5 Jalan SP4/7.

oleh : Hasrulnizam.

Wednesday, May 5, 2010

1st round W.C Schedule..dan aktiviti bulan Gila Bola..


klik gambar untuk paparan besar.
Bulan Gila Bola World Cup akan diadakan pada bulan jun ini.
Aktiviti : Menonton game World Cup Secara terbuka di tasik Diamond.
: Tarikh Perlawanan pilihan akan dibincangkan.
: Menyaksikan Perlawanan melalui screen Projektor
: Ada Jualan Makanan dan miniman oleh kejiranan diamond
untuk menjana dana Kejiranan Diamond.
: Penonton terbuka kepada semua warga BSP
: Menonton Secara Santai
* Aktiviti ini akan dibincangkan dalam perjumpaan akan datang bersama AJK-AJK Diamond.
pilihla game mana nak nengok....

Monday, May 3, 2010

Rumah untuk dijual...corner lot..

Rumah untuk di jual
corner lot ...area crystal..
RM 250K..

Sila hubungi
Syam : 0123813796
20' x 60'