BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Sunday, April 24, 2011

Kemungkinankah?...sekolah ini boleh digunakan utk BSP..











Pada asalnya sekolah ini ini untuk penduduk Orang Asli di situ....


Saturday, April 9, 2011

Golongan Yang Tidak Layak Menjadi Pemimpin


sumber: dari Sinarcikedis

Rasulullah tidak melantik sesiapa yang meminta jawatan, sebaliknya menyerahkan kepada yang mempunyai sifat bertanggungjawab. Menyedari pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin, atau dalam bahasa mudahnya empat golongan atau kategori manusia yang tidak layak dilantik menjadi pemimpin. Yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori itu dibolehkan.

Golongan pertama yang diharamkan adalah orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang siapa antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah Al-Maidah : Ayat 51)

Golongan kedua adalah orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang siapa mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim.” (Surah At-Taubah : Ayat 23)

Golongan ketiga adalah orang yang di luar kalanganmu termasuk dalamnya orang munafik. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu (hatimu).” (Surah Al-i-Imran : Ayat 118 – 119)

Golongan keempat adalah orang yang mengingkari al-Quran dan hukumnya. Berhubung perkara ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan daripada kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?” (Surah An-Nisa’ : Ayat 144)

Rasulullah SAW pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan (menjadi pemimpin) hendaklah jangan dilantik kerana ia akan mendatangkan banyak masalah pemimpin itu sendiri dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan itu hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih daripada kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan (menjadi pemimpin) tetapi mempunyai kebolehan.

Iman Bukhari diriwayatkan berkata bahawa Abu Zar menceritakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan.” Lalu Rasulullah menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: “Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia pada hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul.”

Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperoleh melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodek dan sebagainya. Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.

Rasulullah tidak memberikan sesuatu jawatan (kepemimpinan) kepada orang yang memohon atau orang yang berhasrat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan (memimpin) tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.

Imam Al-Hakam meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.”

20 TIPS MENCEGAH PECAH RUMAH / KEDAI


Dr.Halimah Ali

Gaya hidup kini yang mementingkan `privacy’ menggalakkan pecah rumah kerana penduduk saling tidak mengenali jiran dan sesama mereka . Daritu sertailah kegiatan sukarelawan atau Rukun Tetangga di kawasan perumahan anda yang membuat rondaan secara bergilir pada waktu malam. Berbaik-baiklah dan bergaul dengan jiran tetangga.

Penjenayah kian bertambah canggih. Jika mereka tidak boleh masuk dari pintu atau tingkap, mereka akan masuk melalui atap/ bumbung/siling/airwell.

Selain dari itu mereka juga diketahui menggunakan ilmu hitam untuk memukau mangsa agar tidak terjaga dari tidur atau tergamam dan tidak dapat berbuat sesuatu jika dalam keadaan sedar.

Pengamal perubatan tradisional ada menyebut bahawa pemeliharaan ikan seperti puyu atau haiwan seperti kura-kura boleh mengaggalkan ilmu pukau dengan izin ALlah.

Memagar rumah dengan kaedah ‘benteng Ayat Al Quran” juga merupakan suatu usaha mencegah pecah rumah atau kedai.

Jika anda bercadang untuk pergi bercuti panjang, pastikan rumah anda selamat untuk ditinggalkan. Ini kerana biasanya kecurian berlaku pada musim cuti panjang atau perayaan.

LANGKAH PENCEGAHAN DARI RUMAH / KEDAI DIMASUKI PENJENAYAH

1. Minta bantuan dari jiran-jiran anda untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai.

2. Pasangkan pintu masuk utama rumah anda dengan tanggam-puting (mortise) yang bermutu tinggi atau kunci pasak (Rim Latch) yang mempunyai bentuk selak mati (Dead Molting) serta kunci palang yang disokong oleh kunci yang kukuh.

3. Memperkukuhkan pintu masuk utama rumah serta tingkap-tingkap anda dengan besi gerigi kasi-kasi/pagar yang boleh dilipat.

4. Memperkemaskan pagar gerigi kasi-kasi (Grille Gate) dengan besi penyangkut (Iron Clasp) dan penutup gelangan mangga yang kukuh (strong closed shackle padlock).

besi penyangkut
Gunakan MANGA jenis tembaga seperti jenama VIRO


JANGAN GUNAKAN MANGA brass seperti jenama solex, kolex, sodex yang berbentuk empat segi kerana jenis ini mudah dibuka dengan penggunaan asid

5. Adakan alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama anda, contohnya lubang pandangan, rantai pintu, selak keselamatan tanggam puting (mortise security bolts). Jika ada buget, pasang CCTV.

lubang pandang serta selak

6. Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna di rumah atau di kedai anda.

7. Jika anda tinggal di rumah pangsa, “town house” atau bertangga khas menuju ke rumah anda, pastikan pagar ke rumah anda berkunci. Jika di dalam rumah anda juga memasang pagar, bertujuan mengelakkan anak kecil turun naik tangga), tangga ini pun sebaiknya dikunci juga.

8. Bersihkan kawasan luar rumah dari semak-semak yang boleh digunakan untuk penjenayah bersembunyi.

9. Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan perlulah ditutup dengan kasi-kasi besi

10. Jangan letakkan alat-alat/perkakas pecah rumah seperti pengumpil (crowbars), tangga dan alat-alat pemotong diluar rumah.Telah dihumpil dengan crowbar

11. Pasangkan lampu keselamatan yang boleh padam atau nyala secara automatik atau berkala seperti hanya menyala pada waktu malam, sama ada di dalam atau di luar rumah. Ini menandakan seolah-olah anda berada di rumah. Pasangkan lampu di dalam rumah sekurang-kurangnya 1 lampu seperti lampu tangga atau dapur dan sebagainya.

12. Batalkan langganan akhbar. Longgokan akhbar di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuninya.

13. Jika wujud perkhidmatan rondaan pihak penguasa seperti polis, home guards dan sebagainya, maklumkan kepada mereka bahawa anda berada “outstation” dan rumah anda kosong untuk tempoh tertentu.

14. Cabut talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.

15. Simpan semua barang berharga di tempat selamat dan sebaik-baiknya sorokkan daripada pemandangan bakal penyamun. Simpan wang tunai yang berlebihan dan barang-barang kemas dalam bank.

16. Jangan tinggalkan kunci rumah anda ditempat-tempat seperti dalam pasu bunga, di bawah pengesat kaki, di peti surat dan lain-lain di luar kawasan rumah.

17. Jangan tinggalkan nota di pintu atau peti surat yang menyatakan yang anda tiada dirumah.

18. PASTIKAN kunci semua pintu, tingkap, jeriji dan pintu pagar sebelum meninggalkan rumah atu sebelum masuk tidur.

19. Periksa semula untuk pastikan tips ke 18 telah diLAKSANAKAN.

20. Berdoa dan membaca “ayat-ayat pelindung seperti Ayatul Kursi, ayat Tujuh dan Tiga Qul”.