BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Saturday, December 26, 2009

Mari bermain ...Badminton january 2010..

Antara yang confirm untuk join main badminton bermula januari...
di Dewan Badminton MBA, Bandar Puteri, Puchong, Selangor ( Rm 25/jam )
/ dewan badminton belakang Carefoure USJ ( Rm 22/jam )

  • Mokhtar Jln 4/5
  • Hafiz Jln 4/6
  • Zam Zam Jln 4/6
  • Nizam Jln 4/7
  • Sham Jln 4/4
  • Nizam Jln 4/5
  • Ju ( security ) Jln 4/7
  • Bob Jln 4/5
  • Bob ( Nasik kerabu ) Jln 4/4
  • Zaidi ( tak confirm ) busy sket.. Jln 4/6
  • Mahfuz ( tak confirm ) tapi nak main..he he he... Jln 4/6
  • Jiran Nizam 4/5 ( tak confirm lagi..) Jln 4/5

Kalau ader yang nak join bleh bagi tau bro zam zam...selewat-lewatnya sebelum tahun baru..

*faizal (Jai 4/4 ) ko...taknak join ker...bleh nangkap gambor..

*isnizam ( 4/4 ) .jangan berkebun dalam FB jer...he he he..

Friday, December 25, 2009

Kerja-kerja pembersihan dan meratakan tanah untuk padang bola di BSP......insyaAllah


  1. Bro mahathir....tengah kusyuk...memotong rumput....relax la bro...rehat dulu...



  1. YB Anuar...sedang memikirkan " kalau jadikan tempat used car pun chanteek ni.."



  2. Nizam 4/5 bersungguh-sungguh nak meratakan bukit........tapi tak rata-rata....he he he







  3. Bersungguh-sungguh zam-zam ..sambil di beri tunjuk ajar oleh En.Mokhtar kita...





  4. Nizam sempat berposing hasil kejayaan meratakan bukit sambil berteriak....."lihatlah dunia"...





  5. pemain import dari rumah flat pun ade...terima kasih En.Ahad & the geng.....mesin rumput rosak yer bangg....






  6. Ahad Bertungkus lumus sambil mokhtar & zam zam memikirkan cara terbaik untuk menghilangkan penat lelah...






  7. Zam zam mengimbau kembali zaman kegemilangan bermain bola........penat yer bang...







Wednesday, December 23, 2009

Malam BerBBQ dan Perbincangan Aktiviti untuk tahun 2010 Diamond

Jika berkesempatan InsyaAllah Majlis ini akan diadakan pada Cuti Tahun Baru.

-Malam BerBBQ
-Perbincangan aktiviti Diamond untuk 2010
-Perbincangan Permasalahan Kejiranan Diamond.
-Pengumpulan dan mengemas kini butir-butir Penduduk diamond.

Thursday, November 12, 2009

PRELIMINARY DETAILED ABSTRACT NO. 2 ( PAGAR BELAKANG )


PDA No.2 Pembinaan Pagar Belakang.( termasuk tong drum keselamatan sedia ada )
Pembinaan Pagar ini adalah di atas permintaan ramai dari penduduk diamond.
Di sini disertakan butiran anggaran pembinaan pagar yang akan dibina .Jika ada di antara penghuni boleh mendapatkan anggaran harga pagar yang lebih murah boleh kemukakan kepada AJK terlibat.
(klik pada gambar untuk tatapan besar )

T-shirt. Diamond


Ni...plain colour shirt ......sesiapa
yang bijaksana bolehla.....suggest..
pattern t-shirt diamond....
Untuk 100 pcs RM 25.00/pc
tapi order satu-satu pun boleh..
dalam rm 35.00......

Sunday, October 25, 2009

Mari bermain karom...


Sesi test power main karom..
sebelah gerai nana burger....

Friday, October 23, 2009

Monday, October 19, 2009

Thursday, October 15, 2009




Wednesday, October 14, 2009

Rumah tidak berpenghuni..

( Klik gambar untuk paparan besar )





Kediaman Diamond mempunyai 108 unit
dan 75% unit rumah berpenghuni
dan bakinya tidak berpenghuni.

Lorong 4/5 mempunyai lebih kurang 6 unit
rumah kosong tetapi belum dikenal pasti unit-unit
tersebut.Maklumat akan dikemaskinikan.



Sunday, October 11, 2009

Mari Berdialog Bersama Polis

Sesi berdialog bersama polis akan diadakan pada 30hb oct 09 jumaat mlm 9mlm -11mlm dilokasi pejabat LBS kehadiran KPD, wakil JPPN banting ahli majlis ketua balai sg jarum.

Wednesday, October 7, 2009

LRT: Anda mahu Laluan LRT dalam BSP.?


( Klick gambar untuk paparan besar )

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Orang ramai mempunyai masa sehingga 14 Disember ini untuk mengemukakan sebarang cadangan dan bantahan mengenai projek penyambungan laluan transit aliran ringan (LRT).
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, walaupun laluan itu sudah dirangka tetapi ia bukanlah satu keputusan yang muktamad sehingga semua bantahan diterima dan diteliti.
"Orang ramai khususnya penduduk yang berhampiran dengan tapak projek berkenaan boleh mengemukakan cadangan atau bantahan melalui Ketua Pegawai Jabatan Keretapi Malaysia," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau mengulas rungutan sesetengah pihak yang mengatakan kawasan perumahan mereka lebih memerlukan operasi LRT tetapi laluan baru tersebut tidak melibatkan kawasan mereka.
Sambungan laluan LRT sedia ada akan melibatkan pembinaan 25 buah stesen baru dan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM7 billion.
Kedua-dua sistem LRT Kelana Jaya dan Ampang akan bertemu di Putra Height dan kawasan itu kelak akan menjadi pusat transit utama sistem pengangkutan berkenaan.
Tee Keat berkata, pihaknya akan meneliti rungutan oleh pengguna itu tetapi mereka perlu mengemukakan cadangan itu secara bertulis kepada Syarikat Prasarana Negara.
Katanya, jika stesen LRT tidak dapat dibina di kawasan mereka, pihaknya akan memastikan ada kemudahan pengangkutan awam di kawasan tersebut ke stesen LRT berhampiran

Tuesday, October 6, 2009

Menu Jamuan Raya Diamond


Ini adalah menu yang dicadangkan mengikut badget yang ada
di atas sumbangan penduduk dan juga penaja-penaja kita.
Perubahan menu akan di beritahu kelak.








Monday, October 5, 2009

Saturday, October 3, 2009

Resident Meeting No.1

03 Oktober 09
9.15mlm

Alhamdulillah, Mesyuarat ini berjalan lancar dan menyatupadukan dan juga dapat menyelesaikan beberapa masalah yang berbangkit dikawasan Diamond.
Draft Minit Mesyuarat akan dibentangkan pada minggu hadapan.

Antara yang hadir:

1. Lorong 4/4
- Ahmad
- Khozin
- Faizal

Lorong 4/5
- Nadzri
- Rosli
- Mokhtar

Lorong 4/6
- Hafiz
- Sabri
- Mahadhir
- Zam Zam
- Anuar
- Zamri
- Zaini

Lorong 4/7
- Hasrulnizam

Friday, October 2, 2009

...Pembaziran air......Pemaju sambil lewa..

Sudah hampir tiga minggu berlalu dan sudah beberapa kali aduan di buat namun pihak yang bertanggungjawab masih lagi gagal mengatasi masalah kebocoran ini dengan pelbagai alasan yang diberi .
Kebocoran ini menyebabkan Jalan mulai rosak dan menjadikan kawasan sekitar berlecah.
Diatas dasar prihatin dan sikap bertanggungjawab pihak kejiranan Diamond terpaksa membuat ''scuper drain " sementara dan disambungkan ke longkang berdekatan bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan.
Terima kasih kepada abang-abang badang kita.

Bayangkan air yang deras ini mengalir setiap hari selama tiga minggu tanpa henti siang dan malam......












Cadangan Membina Bonggol




Ada Dua Pilihan Pembinaan Bonggol

Cost : Di perakui oleh MDKL dan dibina oleh LBS RM 1500.oo/Bonggol

Cost : Dibina oleh Penduduk melalui Persatuan Rm 200-300/ Bonggol
-Perlu mengikut Spesifikasi yang ditetapkan oleh Majlis Tempatan.
-Persetujuan dari penduduk lorong-lorong.
-Jika ada aduan dari Kawasan kejiranan Lorong tersebut MDKL berhak
merobohkan bonggol dan akan mengambil tindakan saman.



Pagar lorong belakang(PDA No.1)

Thursday, October 1, 2009

Resident Meeting No.1

Satu Mensyuarat Perumahan Diamond akan diadakan seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 2hb Oktober 2009
Masa : 9.15 mlm
Tempat Berkumpul : Simpang Jalan 4/6 (Sementara)

Isu yang akan dibincangkan :

a) Jamuan Hari Raya Diamond
b) Keselamatan Kawasan Diamond

" Bersatu kita teguh bercerai kita roboh "

Monday, September 28, 2009

Cadangan Jamuan Hari Raya Diamond

Assalamualaikum Salam Aidilfitri

Pihak diamond mencadangkan mengadakan jamuan hari raya untuk warga diamond,
tempat dan tarikhnya masih belum ditentukan lagi. Perbincangan mengenai jamuan akan diadakan dimasa terdekat diharap anda semua dapat bersama-sama menyertai perbincangan ini.

Thursday, September 17, 2009

Penyediaan Tong penghadang.....

Penyediaan tong-tong ini adalah bagi tujuan untuk menghalang atau melencongkan kenderaan
kenderaan berat dari melalui kawasan perumahan diamond.Pada Asalnya pihak diamond telah menutup terus jalan utama ( Sebelah Parit) bagi mengelak kenderaan berat melalui jalan itu namun dia atas perbincangan dgn penduduk perumahan pangsa, kedua-dua pihak bersetuju bahawa jalan di buka dgn meletakkan tong-tong ini hanya untuk untuk memperlahankan kenderaan yang melalui kawasan kejiranan diamond. Di atas perbincangan lain pula pihak rumah pangsa bersetuju mengalihkan kenderaan-kenderaan berat dari meletakkan kenderaan mereka di kawasan yan sepatutnya. Terima Kasih di ucapkan kepada pengerusi penduduk Zon A kerana membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada pihak rumah pangsa kerana memberi respon yang baik demi kebaikan kedua-dua pihak.








Saturday, September 12, 2009





Ini adalah gambaran Post Guard
yang akan dibina jika perkhidmatan sekuriti mendapat sambutan








Thursday, August 27, 2009







Sunday, August 16, 2009

Majlis Gotong Royong Perumahan Diamond
























Alhamdullillah.., Majlis Gotong Royong Kawasan Diamond Dijalankan dengan lancarnya..dan berjaya mencapai matlamat untuk menyatupadukan penduduk kawasan ini.




Saturday, August 15, 2009

Gotong Royong

Gotong Royong Untuk Kejiranan Diamond

Pada : 16 Ogos 2009
Masa : 15.00

And Dijemput