BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Wednesday, October 7, 2009

LRT: Anda mahu Laluan LRT dalam BSP.?


( Klick gambar untuk paparan besar )

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Orang ramai mempunyai masa sehingga 14 Disember ini untuk mengemukakan sebarang cadangan dan bantahan mengenai projek penyambungan laluan transit aliran ringan (LRT).
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, walaupun laluan itu sudah dirangka tetapi ia bukanlah satu keputusan yang muktamad sehingga semua bantahan diterima dan diteliti.
"Orang ramai khususnya penduduk yang berhampiran dengan tapak projek berkenaan boleh mengemukakan cadangan atau bantahan melalui Ketua Pegawai Jabatan Keretapi Malaysia," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau mengulas rungutan sesetengah pihak yang mengatakan kawasan perumahan mereka lebih memerlukan operasi LRT tetapi laluan baru tersebut tidak melibatkan kawasan mereka.
Sambungan laluan LRT sedia ada akan melibatkan pembinaan 25 buah stesen baru dan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM7 billion.
Kedua-dua sistem LRT Kelana Jaya dan Ampang akan bertemu di Putra Height dan kawasan itu kelak akan menjadi pusat transit utama sistem pengangkutan berkenaan.
Tee Keat berkata, pihaknya akan meneliti rungutan oleh pengguna itu tetapi mereka perlu mengemukakan cadangan itu secara bertulis kepada Syarikat Prasarana Negara.
Katanya, jika stesen LRT tidak dapat dibina di kawasan mereka, pihaknya akan memastikan ada kemudahan pengangkutan awam di kawasan tersebut ke stesen LRT berhampiran

No comments:

Post a Comment