BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Tuesday, January 19, 2010

Kawasan Rukun Tetangga















Kejiranan Diamond adalah di dalam Kawasan Rukun Tetangga ( KRT )Bandar Saujana Putra Zon A, Kawasan Rukun Tetangga ini kawasannya terdiri daripada Kejiranan Diamond Sehingga Kawasan Premis kedai.

Pengurusan Rukun Tetangga BSP Zon A adalah berlainan daripada pengurusan Persatuan Penduduk yang terdahulu dan tiada kena mengena dengan Persatuan yang terdahulu.

KRT ini adalah satu langkah membolehkan Penduduk sesuatu kawasan mengurus, mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman dan premis-premis mereka sendiri.

KRT juga berfungsi sebagai satu platform untuk membangunankan komuniti bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonian penduduk berbilang bangsa dan agama di dalam satu kawasan. Peruntukan yang disalurkan dapat digunakan untuk menjalankan program dan aktiviti kemasyarakatan serta menjaga keselamatan kawasan penduduk.


Antara biro-biro yang ditubuhkan adalah seperti berikut :-

1. BIRO JIRAN MUDA - Menyelaras aktiviti dan program remaja

2. BIRO JIRAN WANITA - Menyelaras aktiviti dan program kewanitaan

3. BIRO JIRAN USIA EMAS - Menyelaras aktiviti dan program warga emas

4. BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN - Menyelaras aktiviti dan program keagamaan dan kebajikan untuk pelbagai bangsadan kaum.

5. BIRO PENDIDIKAN - Menyelaras aktiviti dan program untuk anak-anak kecil, remaja,ibubapa serta masyarakat setempat.

6. BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN - Menyelaras aktiviti dan program sukan dankebudayaan untuk masyarakat setempat.

7. BIRO KESELAMATAN - Menyelaras segala hal berhubung yang berkaitan dengan keselamatan masyarakat ,SRS dan ketika perlaksanaan aktiviti dan program KRT

8. BIRO PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM - Mengkordinasi dan menyelaras hubungan KRT dengan agensi dan NGO didalam melaksanakan sebarang program kemasyarakatan

9. BIRO ICT & MULTIMEDIA - Menyelaras segala penerangan, hebahan, cetakan dan maklumat pada masyarakat setempat.

10. BIRO LOGISTIK - Menyelaras segala keperluan untuk sebarang aktiviti dan program KRT di samping menjaga keselamatan

( info dari Khairi BSP zon A )






No comments:

Post a Comment