Membeza-bezakan Kasih Sayang Antara Anak-anak
SEORANG anak pasti menyedari diri mereka kurang disayangi ibubapa
berbanding adik beradik lain. Situasi tersebut amat melukakan hati
mereka kerana diperlakukan sebegitu oleh ibubapa sendiri. Melalui
layanan, perhatian, kasih sayang, kehendak yang dituruti, anak-anak
tahu samada mereka disayangi samada lebih ataupun kurang daripada
adik beradik mereka yang lain.
Agama tidak membenarkan ibu bapa membeza-bezakan kasih sayang
terhadap anak-anak sebaliknya mereka bertanggungjawab mendidik dan
memberi sesuatu kepada setiap anak dengan adil dan samarata.
Ramai ibu bapa melakukan kesilapan terhadap anak-anak dengan membeza-
bezakan kasih sayang terhadap mereka. Perbezaan kasih sayang ini
biasanya dibuat atas dasar kecantikan paras, kepandaian dan
kepintaran, kesempurnaan fizikal dan mental, kerajinan dan pelbagai
kelebihan lain yang mungkin tidak ada pada diri anak-anak yang lain.
Anak-anak yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang biasanya berasa
kehilangan tempat berpaut, tempat perlindungan dan rasa tidak
diperlukan lagi dalam sesebuah keluarga. Mereka sentiasa memendam
rasa dan sering memikirkan tentang kekurangan diri di samping
tertanya-tanya sebab-sebab yang membuatkan ibu bapa tidak menyayangi
mereka. Anak-anak yang diperlakukan sedemikian akan cuba melakukan
sesuatu untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Malangnya setiap
tindakan yang dilakukan oleh si anak sering dianggap tidak kena oleh
ibu bapa mereka.
Sebaliknya bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang daripada ibu
bapa pula akan merasakan diri mereka disayangi. Anak-anak yang
merasakan dirinya dilebihkan mungkin bangga dan ego, manakala anak
yang kurang mendapat kasih sayang akan berasa iri hati, dengki,
rendah diri, benci dan dendam terhadap adik-beradik yang lain
termasuk ibu bapa itu sendiri. Permusuhan mungkin akan timbul
disebabkan tidak ada penyatuan dan persesuaian jiwa antara adik-
baradik seperti menyakiti adik-beradik yang lain, menyorok atau
mengoyakkan buku atau pakaian, menuduh orang lain membuat kesilapan
yang dilakukannya atau seumpamanya yang boleh menimbulkan kemarahan
ibu bapa.
mempunyai sifat ingin membebaskan diri sekiranya menghadapi tekanan
dalam diri mereka. Apabila mereka merasakan diri mereka tidak
dikasihi seperti adik-beradik yang lain, mereka cepat membuat
penafsiran yang diri mereka tidak diperlukan dan dihargai oleh ibu
bapa mereka. Lantaran itu terdapat kecenderungan untuk si anak
mengambil tindakan membebaskan diri daripada ibu bapa mereka sama ada
keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa atau meninggalkan
keluarga untuk mencari kehidupan lain yang dirasakan dapat memberikan
ketenangan jiwa kepadanya.
Keadaan anak-anak yang hidup di luar kawalan ibu bapa itu ditakuti
akan membawa kepada penyelewengan yang lebih teruk ke arah kerosakan
dan kemusnahan yang lebih mencemaskan pada masa depan. Kemungkinan
besar jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya mereka akan terjebak
ke dalam gejala-gejala buruk seperti menghisap dadah, meminum arak
dan lain-lain perbuatan salah laku hingga ke peringkat jenayah.
Sekiranya yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang adalah anak
gadis, kerap terjadi keadaan seperti mereka akan mengambil sesuatu
tindakan yang agak nekad dengan meninggalkan rumah dan memilih untuk
tinggal bersama rakan-rakan, lari dari sekolah, bekerja di tempat-
tempat yang tidak sepatutnya pada usia yang terlalu muda dan
sebagainya.
Sementara itu, bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang yang lebih
daripada ibu bapa juga mereka tidak terlepas daripada kesan-kesan
negatif yang sering mempengaruhi kehidupan mereka. Selain menjadi
manja, suka mengadu dan kurang rasa hormat terhadap adik-beradik yang
lain, anak-anak yang mendapat kasih sayang seperti ini kerap kali
mempamerkan sikap negatif seperti suka berbangga, ego dan riak,
tinggi diri, suka berhias, minat kepada peralatan mewah dan
seumpamanya. Sifat-sifat ini di antara lain timbul kerana tindak-
tanduk ibu bapa yang memberi layanan yang agak berat sebelah di
antara anak-anak mereka.
Ibu bapa harus sedar, kehadiran anak-anak adalah sebagai aset yang
perlu dijaga sebaik-baiknya agar mendapat pulangan yang baik apabila
mereka tiada lagi di dunia ini. Anak-anak perlu dididik secara sama
rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil yang ditunjukkan oleh
ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka akan
membuahkan hasil yang baik. Keadilan yang dipaparkan akan membuka
ruang kepada kehidupan sekeluarga yang akan dipenuhi dengan kasih
sayang, hormat- menghormati dan sayang-menyayangi.
Untuk mengelakkan sebarang kesan negatif yang mungkin timbul hasil
daripada perbezaan layanan antara anak-anak, berikut diperturunkan
langkah-langkah positif yang perlu diambil:
Agama menegah ibubapa mengamalkan perbuatan membeza-bezakan kasih
sayang di antara anak-anak mereka.
Ibubapa harus menyedari bahawa anak-anak mempunyai perasaan, berjiwa
halus, emosi, bisikan kalbu dan curahan nurani. Belajar selami hati
dan perasaan mereka ini.
Yakini benar-benar bahawa anak-anak anda adalah unik. Yang cantik
adalah unik dan yang hodoh juga adalah unik. Yang pandai adalah unik
dan yang kurang menyinar pun adalah unik. Belai dan bangunkanlah ciri-
ciri keunikan anak-anak anda itu.
Ibubapa harus bijak untuk melihat dan mengenalpasti potensi yang ada
dalam diri anak-anak. Ramai ibubapa hanya mampu melihat potensi
lahiriah sahaja. Banyak lagi potensi yang tidak sedia terjelma
mempunyai ribuan kemungkinan akan terserlah pada suatu masa nanti.
Ibubapa harus memainkan peranan membantu menyerlahkan potensi anak-
anak itu.
Ingatlah bahawa sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan
mempunyai kesan dan padah yang tidak mungkin dapat dibayangkan.
Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kezaliman seandainya ini berlaku
ke atas anak anda. Penyesalan pada hari muka tidak ada ertinya lagi.
No comments:
Post a Comment