BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Wednesday, February 9, 2011

Orang Islam Gembira Menyambut Hari Orang Alim Kristian


Oleh ramziredang

"Belumpun tiba 14 februari, sudah ramai dari kalangan umat yang mengaku islam sedang mempersiap sedia untuk menyambut hari kebesaran pendita kristian yang bernama St Valentine. Si ayah senyap senyap mencari hadiah untuk membuat kejutan kepada si ibu. Si anak sedang mencongak di tempat hiburan mana akan diadakan parti. Siaran tv yang pemimpin utama negaranya mengaku Islam sedang giat melakukan kempen. Dan seperti biasa, ulama ulama jahat masih lagi berdiam diri dan redha dengan kemusnahan umat.

Dalam kepercayaan kristian katolik, Valentine adalah seorang pendita suci,orang alim yang telah mati syahid mengikut kepercayaan agama mereka. Lalu ianya diberi gelaran Saint Valentine(santo atau santa). Kisahnya bermula pada tahun 270M ketika raja rome yang bernama Cladius melarang para askar perang dari berkahwin. Cladius percaya dengan melarang pemuda dari berkahwin akan menjadikan mereka kuat tenaga untuk berperang dan agresif.

Namun begitu dasar ini ditentang oleh dua orang pendeta yang bernama valentine dan marius. Mereka berdua secara senyap senyap menggalakkan pemuda perang berkahwin. Gerakan secara senyap ini merebak dan mendapat sambutan hebat sehingga akhirnya diketahui oleh raja cladius. Cladius memerintahkan valentine dan marius ditangkap lalu dipenjarakan sebelum dihukum mati.

Ketika di dalam penjara ada seorang gadis anak kepada warden penjara yang selalu menziarahi valentine. Kunjungan setiap hari gadis tersebut membuahkan rasa cinta yang mendalam. Hingga pada saat dihukum mati, valentine mengirimkan sepucuk surat dan sekuntum bunga kepada gadis tersebut.

Selepas kematian valentine para penganut katolik sepakat untuk menyambut hari kematiannya sebagai memperingati valentine yang sanggup mati dan masing akan menghadiahkan bunga kepada pasangan masing masing.

Alangkah malangnya, ramai umat Islam diseluruh dunia menyambut hari kebesaran kematian pendeta kristian. Perhatikanlah di negara kita Malaysia tercinta ini. Bahkan dikalangan pemimpin utama negara tanpa segan silu menyambutnya.

Seperti biasa juga, orang yang menggalas tanggungjawab utama untuk memelihara iman umat Islam, iaitu ulama, masih berdiam diri kerana sibuk membuncitkan perutnya. Mereka hanya sekadar berkata "haram menyambutnya" tetapi langkah langkah yang agresif, tegas dan proaktif tidak pernah keluar dari inisiatif mereka sendiri.

Cuba kita selidik, berapa kalikah orang yang menggelarkan diri mereka ulama contohnya seperti harussani, atau uthman muhammady atau mat nor deris atau sesiapa saja yang mengaku berjawatan agama, turun padang mencegah perkara ini dari berlanjutan menjerumuskan umat islam kelemahan kekafiran.

Tidakkan dihati mereka ini merasa sedih melihat saban hari umat yang mengaku Islam, secara tidak disedari telahpun menganut kristian secara tidak rasmi? Apakah perkara perkara seperti ini masih dapat memberi satu ruang kepada ulama dapat tidur lena? Jika mereka masih dapat makan minum, tidur lena dan bersenang lenang dengan anak isteri mereka, sedangkan umat dibiarkan menuju jurang kemusnahan, lalu di manakah sifat amanah mereka sebagai pelaksana pewaris nabi?

Kenapa mereka masih suka membiarkan umat ini berada di dalam kejahilan? Apakah tugas ulama hanya sebagai pembaca doa di majlis rasmi? Atau sebagai ahli panel di forum forum? Atau pemerhati di dalam dewan? Atau tugas mereka hanya berkata, "tidak baik memutuskan silaturrahim sesama umat islam", atau "islam sentiasa bersangka baik terhadap saudaranya"?, kata kata yang jelas dapat menyelamatkan gaji mereka dan memelihara mereka untuk menjadi penjilat pemerintah.

Ingatlah wahai para ulama sekelian, ciri ciri seorang ulama adalah memiliki rasa takut, taqwa dan tunduk gerun kepada Allah s.w.t. Ulama adalah seseorang yang mempunya pengetahuan ayat ayat Allah s.w.t baik yang bersifat kauniyyah (gejala alam semesta dan alam sekeliling) ataupun qur'aniyyah (bersangkutan dengan al quran).

Wahai para ulama, ingatlah peristiwa tatkala malaikat jibrail menjemput junjungan Rasulullah s.a.w untuk kembali kepada kekasihnya Allah s.w.t, pada saat saat nafas baginda hampir habis baginda menyebut, " Umatku, umatku, umatku".

Umatku, umatku, umatku, tidakkah perkataan ini memberi apa apa bekas dihati kamu wahai para ulama sekalian? Tidak terdetikkah rasa sedih dan hiba dihati kamu melihat keadaan umat sekarang? Tidakkah timbul rasa penyesalan yang mendalam dihati kamu, bahawa amanah yang diberikan kepada kamu sebagai pewaris Nabi telah gagal kamu laksanakan? Tidakkah merasa gerun dihati kamu bahawa kamu bakal gagal menjawab soalan di padang mahsyar nanti? Ingatlah hari yang di mana segala harta benda, pangkat, gaji, jawatan dan kebanggaan bangsa tidak akan memberi guna lagi.

Hulurkanlah tangan kamu sekarang untuk menyelamat umat yang sedang berada digelinciran lurah yang dalam. Selamatkanlah mereka. Pimpinlah mereka. Kerana itu memang tugas kamu didatangkan ke dunia ini; memikul amanah Allah sebagai pewaris Nabi dengan penuh rasa kasihsayang.

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 44:

"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"
dari alrisalah

No comments:

Post a Comment