BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Wednesday, May 18, 2011

Kuat kuasa tarik kereta...Jun 2011



Anda biasa dengar kes penarik kereta yang agresif, sehingga mencederakan pemilik kereta dan sebagainya.Pernahkah anda juga mengalami nasib yang sama? Mulai 1 Jun 2011, Kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan undang-undang untuk penarik kereta yang dilantik oleh pihak bank.
Menurut laporan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967, di mana setiap penarik kereta perlulah mendapat keizinan sah terlebih dahulu dari Kementerian sebelum boleh beroperasi menarik kereta pelanggan.
Penarik kereta kini tidak boleh lagi menggunakan kekerasan terhadap pemilik kereta dan tertakhluk pada undang-undang yang ada. Sesiapa saja yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan denda sebanyak RM25,000.00, atau penjara 3 tahun, atau denda RM50,000.000, atau lima tahun penjara bagi kesalahan kali kedua. Setiap pemohon iaitu bakal tukang tarik kereta akan ditapis terlebih oleh pihak polis bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam kesalahan jenayah, dan warganegara Malaysia serta berusia 21 tahun ke atas.
Paling menarik, jika kereta yang hendak ditarik telah membuat pembayaran kepada pihak bank melebihi 75 peratus, kebenaran atau perintah dari pihak mahkamah perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan menarik kereta boleh diambil.
Kos bagi setiap permit yang dikeluarkan hanya sebanyak RM20.00 untuk setiap 2 tahun, dan kos memperbaharuinya untuk 2 tahun seterusnya juga RM20.00. Mulai 1 Jun 2011 juga, setiap kenderaan terpakai dan telah diubahsuai perlu melalui pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu bagi memastikan tahap keselamatannya sebelum boleh di jual.
Kami sememangnya menyambut baik cadangan dan dasar kerajaan ini.Benda yang baik, kami akan bersetuju dan begitulah sebaliknya.Apa pandangan anda mengenai dasar baru kerajaan berkenaan undang-undang tarik kereta ini?
P.S.Walauapapun, tunaikan tanggungjawab anda membayar hutang pinjaman kereta anda.Jangan pula selepas akta ini berkuatkuasa, makin “naik lemak” pula individu-individu yang liat membayar pinjaman kereta.

No comments:

Post a Comment