BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Wednesday, June 30, 2010

KWSP Buka Cawangan Ke 63 Di Puchong

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka cawangan ke 63 di Puchong bagi memperluaskan perkhidmatannya untuk ahli dan majikan di Lembah Kelang mulai 5 Julai 2010.

“Pembukaan cawangan baru di Puchong selaras dengan matlamat KWSP untuk lebih mendekati pelanggan dan memudahkan ahli serta majikan terutamanya yang tinggal di Puchong dan kawasan sekitarnya berurusan dengan KWSP,” kata Encik Nik Affendi Jaafar, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP.

Antara perkhidmatan yang disediakan KWSP Puchong termasuk pendaftaran ahli dan majikan baru, menerima permohonan pengeluaran, menyedia dan menerima borang KWSP daripada pekerja dan majikan, membekalkan penyata kira-kira ahli, mengendalikan pertanyaan dan aduan serta memberikan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan KWSP. Waktu operasi bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang, dari Isnin hingga Jumaat.

Cawangan baru ini terletak di No.19, Jalan Bandar Lapan Belas, Pusat Bandar Puchong, Selangor.

KWSP Puchong boleh dihubungi melalui talian 03-8075 4747 atau faks 03-8076 9649. Untuk maklumat lanjut berhubung cawangan berkenaan, ahli boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman Pejabat KWSP.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tarikh: 30 Jun 2010

No comments:

Post a Comment