BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Friday, June 4, 2010

Proses renovation rumah.





















Proses untuk renovate rumah

1-Pelan Renovation ( Submission Plan ) 6 set termasuk linen ( MDKL )

-Pelan ini perlu ada sebagai syarat utama sebagai sebahagian proses untuk submit plan.
Pelan-pelan ini disediakan oleh pelukis pelan bertauliah ( yang boleh sign ) ataupun arkitek bertauliah

-Jika menggunakan perkhidmatan pelukis plan mestilah pelukis pelan yang telah berdaftar dengan majlis tempatan contoh MDKL.

Arkitek pula boleh di gunakan perkhidmatannya di mana-mana majlis tempatan di malaysia.


Jika penambahan rumah ( renovation ) dengan penambahan tingkat ataupun menggunakan
Concrete flat roof ( Bumbung rata konkrit ) anda perlu sertakan lukisan jurutera ( R.C Plan ) sebagai sebahagian proses submission.

Kebiasaanya arkitek atau pelukis plan berdaftar menguruskan menganai perkara ini.

Dokumen lain yang perlu di sertakan

1.Lukisan Arkitek /Lukisan Jurutera
2.Salinan Kad pengenalan empunya rumah
3.Salinan resit cukai tanah
4.Salinan resit cukai pintu
5.Gambar Rumah asal dalam kertas A4
6.Surat Permohonan dari pelukis pelan atau arkitek/jurutera
7.Surau aku janji tuan rumah
8.Surat persetujuan jiran ( tak ada pun takpe)
9.Check list MDKL
10. Borang A arkitek /pelukis pelan
11.Borang A Jurutera ( jika terlibat )
12.Bayaran Fees MDKL

Bayaran yang perlu disediakan

1. Lukisan Arkitek : Rm 600-RM 1500 ( bergantung pada besar binaan )
2.Lukisan Jurutera : Rm 300- RM 1000.( Jika penambahan tingkat atau bumbung rata konrit)
3.Bayarab proses plan MDKL : Tingkat bawah rm 35.00
4.Bayaran proses plan MDKL : Tingkat Atas rm. 35.00
5.Bayaran Permit binaan : Rm 50.00
6.Deposit RORO ( tong sampah ) : Rm 400.00-500.00

Jumlah keseluruhan bayaran tambahan setingkat contoh dapur ( bumbung genting konrit ) : RM 1200-1600
Jumlah keseluruhan bayaran tambahan untuk dua tingkat atau R.C Flat roof : Rm 1500-Rm 3000

-Jika kerja-kerja dilakukan dahulu sebelum kelulusan
anda akan dikenakan saman sebanyak rm 500..tetapi jika rayuan dibuat
biasanya dalam Rm 150 RM 200
dan denda 10 kali bayaran proses plan

contoh : proses plan 35 x 10 = Rm 350.00. jika dua tingkat dendanya rm700.00
Jumlah bayaran Submission + saman+ denda
Kesimpulannya janganlah mula kerja sebelum submit.....


Jika ada perubahan atau kesilapan fakta akan diperbetulkan

Pertanyaan boleh diajukan dalam blog ini.

-hafiz-

3 comments:

  1. Hello..My house at saujana putra.i have buy standard pelan from mdkl.. I already get approval for pelan. In the pelan for pagar.. max 60% is pajal.. how to measure? I saw all neighbour also just leave a hole only.. definately more than 60%.. like that still can I get the cf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete