BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Wednesday, July 7, 2010

Banci Penduduk 2010



Jabatan Perangkaan akan menyelaras pelaksanaan Banci 2010 yang akan bermula 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 yang akan melibatkan sembilan juta tempat kediaman dan membabitkan kira-kira 29 juta penduduk Malaysia dengan anggaran 7.3 peratus daripadanya adalah warga asing.

Banci penduduk dibuat setiap 10 tahun dan Banci 2010 ini adalah banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963, banci terakhir dijalankan di kalangan penduduk Malaysia adalah pada tahun 2000.

Selain dari kaedah sediada Jabatan Perangkaan yang menjalankan Banci 2010 turut memperkenalkan kaedah terbaru pembancian iaitu secara dalam talian (online) atau e-census.

Secara ringkasnya kaedah pembancian banci 2010 akan dilaksanakan secara tiga kaedah:

1. Temuramah bersemuka;
Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat

2. Pengisian sendiri atau Drop-off and Pick-up
Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi

3. e-census (online).
Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan Perangkaan. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

Jabatan Perangkaan juga telah mewujudkan satu page khas mengenai Banci 2010 di Facebook diBanci2010_Census2010. Seramai 26,000 pembanci sambilan dan 3,000 penyelia akan terbabit bagi Banci 2010 ini.

Elok jugak kalau sudah ada sistem banci online ni, mudah dan menyenangkan pengguna.

Rujukan dan sumber bacaan lanjut di http://www.statistics.gov.my/.

Demi Keselamatan, anda perlu meminta Kad Banci pembanci tersebut bagi pengesahan agar tidak ada orang yang mengambil kesempatan bagi melakukan perkara yang tidak diingini..

No comments:

Post a Comment