BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Tuesday, July 20, 2010

Kejadian Pecah Rumah..



Bila hampir tiba bulan Ramadan Banyak kejadian Pecah Rumah berlaku dikawasan BSP ini.
yang terkini iaitu satu kejadian pecah rumah di Kawasan Sapphire,
4 di Kawasan Crystal dan Coral..ini adalah trend penjenayah yang ada dikawasan ini...


Kawasan Diamond sudah mempunyai pagar keselamatan lorong belakang yang memberi sedikit keselamatan kepada penduduk tetapi kita perlu ingat lazimnya kejadian yang berlaku di BSP penjenayah akan memasuki melalui pintu hadapan dengan mengopak grille pintu ataupun dengan memotong mangga yang diletakkan di grille.

Kedudukan rumah di kawasan terpencil tanpa jiran tetangga juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka.
Tiada permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing dan jiran tetangga boleh menyebabkan kejadian pecah rumah.

Meletakkan barang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah. Penjenayah ada yang menggunakan pemutar skru atau objek tajam mengumpil pintu atau tingkap atau menngunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.

Bumbung dan siling terbuka juga mengundang pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah, sebaik tuan rumah membuka pintu, penjenayah akan memsuki rumah secara paksa.

Justeru, jika ada terdenger paip air terbuka di luar rumah di waktu malam, pastikan dan perhatikan dulu sebelum keluar menutupnya kerana dikhuatiri ia adalah perangkap.

Bagi rumah yang mempunyai pintu cermin gelongsor (sliding door), selakkan dengan kayu panjang di bahagian bawahnya bagi mengelakkan ia diumpil dari luar.

Antara keadah pencegahan lain ialah, sebelum meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama terutama di maklumkan ke balai polis terdekat mengenai alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.

Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan jiran dan polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.

Alat keselamatan tambahan boleh dipasang di pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan untuk menggagalkan aktiviti jenayah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sentiasa pasangan lampu apabila keluar rumah di waktu malam. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak

Jalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk- jenguk di kawasan rumah terutama apabila ke tempat kerja atau bercuti.

Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.

Pasangkan sistem penggera keselamatan.

Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persempunyai penjenayah.


No comments:

Post a Comment