BBQ kambing Mei 2011...

BBQ kambing Mei 2011...

Tuesday, July 13, 2010

Hasil Perbincangan dgn penganjur bazar Ramadhan

Wakil pihak Diamond telah membuat perbincangan bersama penganjur bazar ramadhan BSP 2010,

Perbincangan diadakan bagi mengatasi masalah-masalah yang akan dihadapi berdasarkan pengalaman-pengalaman bazar ramadhan tahun lepas.

Perbincangan lebih dititik beratkan pada
masalah sampah dan juga trafik.

Berdasarkan pengalaman yang lepas, Kejiranan Diamond mengalami trafik yang sibuk dan kenderaan yang agak laju keluar masuk melalui kediaman Diamond.

Masalah Sampah juga dihadapi akibat sampah sarap yang tak terjaga mengakibatkan anjing liar berkeliaran di kawasan Diamond dengan mengongong sisa makakan di persekitaran Diamond.

Hasil Perbincangan :

1. Pihak Penganjur akan menyediakan banner untuk peringatan kepada pemandu-pemandu kenderaan dengan mengurangkan
kelajuan kenderaan ketika melalui kawasan kejiranan Diamond
dan juga memandu dengan berhemah.( rujukan klik gambar di atas )

2. Menutup laluan di
sebelah jalan 4/4 ( rujukan klik gambar di atas )

3. Penganjur berjanji akan membuat pemeriksaan
kebersihan setiap gerai selepas jualan agar kebersihan dijaga.

4. Menyediakan tong-tong sampah yang mencukupi.

5. Gerai-gerai akan disimpan dikawasan bukan rizab jalan.
bagi permudahkan laulan kenderaan pada esoknya.

6.Mempunyai AJK seramai 10 orang untuk menjaga kawasan Bazar Ramadhan.


sekian.

No comments:

Post a Comment